Wednesday, 15 February 2017

Mesyuarat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Kali 1/2017

Alhamdulillah..hari ini Pembimbing Rakan Sebaya dapat berkumpul di Bilik Bimbingan dan Kaunseling untuk menjalankan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2017. Semoga ahli PRS dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.



Friday, 3 February 2017

Lawatan Penanda Arasan PPDa dari SMK Bandar Utama

Seramai 43 orang guru bersama 2 orang pentadbir daripada SMK Bandar Utama hadir ke SK Taman Putra Perdana hari ini untuk berkongsi idea dalam PPDa.

SMK Bandar Utama juga akan ke Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan sama seperti SKTPP yang dijadualkan pada Mac ini. Semoga lawatan yang diibaratkan 1 kontingen ini mampu membuahkan hasil dalam menaiktaraf Bilik Sumber PPDa dan filing dokumentasi mereka.

Semoga ukhwah ini berjaya dalam melestarikan Visi & Misi PPDa ke peringkat tertinggi. 
"Murid Sihat Negara Maju"

Barisan guru-guru SMK Bandar Utama yang hadir
Sahabat PPDa bersedia menunggu guru-guru dari SMK Bandar Utama
Ucapan Pengerusi majlis oleh Pn Rozimah bt Yaakob
Suasana dalam Bilik Mesyuarat. Guru-guru mendengar ucapan aluan.

Ucapan aluan oleh Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar, SKTPP)

Ucapan oleh Pn Mastura bt Adol (PK HEM, SMK Bandar Utama)
Penyampaian cenderamata untuk SMK Bandar Utama
Penerimaan sijil penghargaan untuk SKTPP


Lawatan Ke Bilik Sumber PPDa
             Semakan fail di Bilik Kaunseling

Barisan guru-guru SMK Bandar Utama yang hadir

Wednesday, 1 February 2017

Mesyuarat Unit Bimbingan & Kaunseling Kali Pertama 2017

Syukur, setelah sebulan dirancang akhirnya mesyuarat kali pertama dapat juga dilaksanakan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh JK Unit Bimbingan & Kaunseling yang terdiri daripada Ketua Panitia, Penyelaras Tahun, Guru Media, Guru Disiplin dan Guru Kebajikan.

Mesyuarat dimulakan dengan Ucapan Aluan Pengerusi Majlis iaitu Pn Juli bt Mahbah. Guru Besar juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan dalam mesyuarat kali ini. Mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat lepas dan pembentangan aktiviti tahunan Unit B&K.

Unit Bimbingan & Kaunseling mengucapkan terima kasih atas idea-idea Jawatankuasa dalam memantapkan lagi unit ini.