Thursday 19 July 2018

Kursus Asas Kemahiran Komunikasi Sahabat PPDa & Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2018

Unit Bimbingan & Kauseling, Unit PPDa dan Unit PSS SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Kursus Asas Kemahiran Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya pada:

Tarikh / Hari : 18 Julai 2018 (Rabu)
Masa : 2.00 - 4.00 petang
Tempat : Terminal Muafakat SKTPP
Sasaran : Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya tahun 3, 4 dan 5

Objektif :
1. Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
2. Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
3. Meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan.
4. Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

Kursus asas ini telah berjalan dengan lancar sekali. Kursus yang berfokuskan kepada asas komunikasi ini mampu memberi anjakan yang lebih cemerlang kepada semua Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya. Tuan penceramah telah membina keyakinan diri kepada Sahabat PPDa dengan menyampaikan tips komunikasi berkesan serta tatacara ketermpilan dan adab yang betul. Semoga anak-anak murid terpilih sebagai Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya ini telah mendapat ilmu yang berguna dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi samada untuk kegunaan seharian mahupun untuk digunakan semasa bertugas sebagai jurucakap pada masa pertandingan dan penilaian.


Kursus ini merangkumi cara-cara berkomunikasi dengan berkesan. Teknik ini diperlukan kepada ahli PRS dalam membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling mencapai matlamat untuk membantu murid-murid sekiranya mengahadapi sebarang kesukaran ketika berada di sekolah. Kesukaran yang dimaksudkan meliputi bidang akademik, disiplin, kerjaya dan mungkin juga yang melibatkan institusi kekeluargaan. Oleh sebab itu, ahli PRS dan Sahabat PPDa perlu mempunyai teknik dan cara komunikasi yang berkesan dalam menghadapi situasi persekitaran di sekolah pada hari ini.

Antara paparan menarik sepanjang pelaksanaan kursus tersebut:



Sesi Perkenalan

Tekun semua sahabat PPPDa mendengar taklimat.

Murid-murid aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan





Penceramah memberi taklimat

Murid melakukan aktiviti


Semoga program ini memberi kesan yang baik kepada semua Sahabat PPDa dan PRS serta mereka dapat mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi dengan sebaik-baiknya.

Sunday 1 July 2018

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 (Sesi Petang)

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.

Biar amarah disunting senyum, 
Ibarat pekerti disulam kasih, 
Diharap dihalal makan dan minum, 
Ibarat rezeki tidak disisih

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.....Sambutan hari raya kali ini tidak ketinggalan meriahnya untuk sesi petang. Semua berganding bahu dalam menjayakan sambutan ini demi anak-anak murid tercinta. Pelbagai juadah beranika macam, terus makan tidak hanya dipandang....semuanya sedap-sedap dan kami kenyang sampai ke petang.

Terima kasih kepada En Ibrahim bin Rahman (NYDP PIBG) yang sudi datang memeriahkan lagi majlis pada hari ini. Semoga ukhwah antara kita semua akan terus terjalin. 


Ini camerawoman saya. Cikgu Azlinda..Sangat berbakat kawan saya ni. Hari ini kami ditugaskan untuk membuat paparan di blog sekolah untuk tontonan umum....


Selamat datang ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Sesi Petang 2018



Jom berkenalan dengan pengacara  hari ini..Pn Nik Rosmaliza, manis senyumannya



Al Fadhil Ustaz Abdul Hafiz membacakan doa memohon keberkatan agar majlis diredhai


En Ibrahim bin Rahman wakil daripada PIBG memberi ucapan sempena sambutan aidilfitri kali ini



Ucapan daripada Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)
Segak aihh puan Guru Besar kita berkebaya...



Simbolik sambutan kali ini dengan memotong kek. Disempurnakan oleh barisan VIP yang hadir

...Mari kita lihat kemeriahan sambutan raya kali ini dengan pelbagai juadah dan warna-warni sana sini dengan pelbagai aksi...jelas menggambarkan keseronokan dalam kalangan guru dan murid




















Aksi murid-murid dan cikgu-cikgu yang tidak boleh 'move on'









Jumpa lagi tahun depan...Sekian.