Tuesday 19 November 2019

Jejak Tokoh ADIWIRA Selangor Terbilang 2019


Tahun 2019 SKTPP tidak melepaskan peluang untuk menghantar calon ke Program ADIWIRA Kidzania. Tahun ini merupakan tahun keempat program ini dilaksanakan dan merupakan tahun kedua SKTPP menghantar calon.

Rentetan daripada program Road Tour To Kidzania, sekolah telah menghantar Muhammad Danish Akif bin Dzulkarnain ke pertandingan Tokoh Adiwira di peringkat negeri. Sekalung tahniah diucapkan kerana berjaya menjadi finalis Tokoh ADIWIRA di peringkat negeri sekaligus dinobatkan sebagai Tokoh ADIWIRA Daerah Sepang.

Menyokong usaha JPNS dalam Projek Kerjaya ADIWIRA Kidzania, SK Taman Putra Perdana telah membawa seramai 244 orang murid (Tahun 1-6) menyertai Road Tour To Kidzania pada 19 dan 26 Jun yang lalu. dalam Majlis pada hari ini, SKTPP telah dinobatkan sebagai Sekolah Terbaik daerah Sepang. Tahniah diucapkan.

Momen-momen sepanjang jejak ADIWIRA :

Sesi temudaga peringkat negeri (8 November 2019) Tokoh ADIWIRA di Pusat Latihan Seksyen 6, Shah Alam

Pergi dengan seribu harapan

Ada karisma

Di sinilah tercatatnya nama Muhammad Danish Akif

Di ruang menunggu

Bersama wakil Sepang daripada SK Desa Putra


Mendapat kata-kata semangat daripada Pn Nashirah

Berdebar ke dik.....

Sebelum ke bilik temuduga

Langkah seterusnya ke Kidzania, KL (18 November 2019) dalam Majlis Anugerah Tokoh ADIWIRA Terbilang Negeri Selangor

Sebelum masuk ke dewan
Majlis penuh gemilang..Syabas JPNs & Kidzania



Ucapan perasmian oleh En Khairul Anuar bin Hj Awang 

Calon-calon Tokoh ADIWIRA

SK Taman Putra Perdana dinobatkan Sekolah Terbaik daerah Sepang

Debaran semakin terasa

Syabas untuk Muhammad Danish Akif mewakili Daerah Sepang sebagai Tokoh ADIWIRA
Bergambar bersama bapa Akif

Orang kuat di PPD, En Jamilullail bin Mohd Junit
....Syabas dan tahniah untuk semua....

Thursday 14 November 2019

Lawatan Murid Ke Simposium dan Ekspo Serta Pembangunan Sahsiah Murid Peringkat Kebangsaan 2019

Peluang hari ini jangan di sia-siakan...
Seramai 8 orang murid SKTPP telah dijemput ke Simposium Dan Ekspo Serta Pembangunan Sahsiah Murid Peringkat Kebangsaan yang dijalankan di IUKL, Bangi. 

Murid-murid yang hadir hari ini juga diberi taklimat kerjaya bersama MDEC. Banyak input baru yang disediakan oleh pihak MDEC semasa sesi taklimat dijalankan. 10 tahun akan datang landskap kerjaya untuk anak murid kita akan berubah kepada digital. No worries about it sayang-sayang cikgu semua..cikgu yakin, kamu semua dapat berdepan dengan cabaran kerjaya pada masa akan datang.

Sepanjang lawatan hari ini..

Pagi dan tengah hari makan percuma...untung...

Mendengar taklimat kerjaya daripada MDEC

Sebagai rujukan

Sebagai rujukan

Wow hebat...dapat beg kerana berjaya menjawab soalan dari MDEC

Mencuba terapi di booth yang disediakan

Seonok dapat hadiah pen daripada Cyberjaya University College


Macam kenduri kahwin pula..

Cikgu Rusydan sebagai guru pengiring hari ini

Bergambar dengan orang hebat dalam kaunseling, Pn Safwati

Bersama orang kuat ..Urusetia simposium wakil daerah Sepang

Tuesday 12 November 2019

Temuduga Pembimbing Rakan Sebaya Sesi 2020 (Sesi Petang)

Kesempatan yang ada sebelum cuti sekolah, inisiatif diambil untuk membuat satu sesi temuduga kepada bakal PRS.

Bakal PRS akan dinilai dari segi :

1) Personaliti yang unik
2) Kemahiran berkomunikasi yang baik
3) Keyakinan diri yang tinggi
4) Akhlak mulia/ bersikap positif
5) Minat menolong dan mudah mesra
6) Akademik yang baik

Semoga berjaya !!


Antara momen-momen yang sempat dirakam






Antara kesayangan cikgu....PRS Tahun 3, Nabila...seorang yang rajin menjalankan tugas. Sentiasa membantu cikgu...alhamdulillah


Saturday 9 November 2019

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Buku Kalam Pendeta Terbaik 2019

Alhamdulillah, hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin, Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Arab dan Unit Pusat Sumber Sekolah telah berjaya melaksanakan majlis penyampaian hadiah Buku Kalam Pendeta terbaik kepada para pemenang. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Perdana pada pukul 11.30 pagi. Terima kasih diucapkan kepada murid-murid yang telah menyertai pertandingan ini dengan menghantar Buku Kalam Pendeta untuk dinilai. Tahniah kepada para pemenang. Kepada murid yang tidak berjaya, diharap tidak berputus asa.

Paparan gambar sepanjang majlis berlangsung:

Tahniah..

Terima kasih cikgu..

Lagi laporan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Buku Kalam Pendeta Terbaik dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Friday 8 November 2019

Program Ziarah Cakna Siri 12

Siri terakhir Program Ziarah Cakna tahun 2019 ialah ke Pangsapuri Alpha Arena iaitu ke rumah murid, Nur Syafiqah Farhanah bt Abd Rashid dari kelas 6 Bonang.

Nur Syafiqah merupakan cahaya mata kepada pasangan En Abd Rashid dan Pn Hasni. Adik Syafiqah telah disahkan mengalami masalah buah pinggang. Keprihatinan daripada pihak sekolah, diharapkan sedikit sebanyak memberi semangat kepada keluarga En Abd Rashid dalam menempuh ujian ini.

Turut hadir pada hari ini ialah Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar), Pn Azizah bt Mokhlas (PK Pentadbiran),Pn Nurliza bt Ali (Guru Kelas), Pn Zailezah bt Sardi (Penyelaras Tahun 6), Tn Hj Tarmiji bin Sabali (Guru Tahun 6) serta YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar.

Sekalung terima kasih kepada Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG) atas keprihatinannya yang tidak pernah ketinggalan dalam setiap Ziarah Cakna yang diadakan sepanjang tahun ini.

Gambar-gambar sepanjang ziarah dijalankan.






Bilik tempat adik Syafiqah membuat dialisis





Sedikit sumbangan untuk keluarga ini...Semoga sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Simposium Kaunseling Dan Pembangunan Sahsiah Peringkat Kebangsaan 2019

Tarikh: 7 November 2019
Hari: Khamis
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Kayangan Budi (Aras 2), PPD Sepang

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Simposium Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah Peringkat Kebangsaan 2019 telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Jumlah jawatankuasa pelaksana dari Daerah Sepang adalah seramai 26 orang yang terdiri dari kalangan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Bimbingan & Kaunseling. Jawatankuasa pelaksana dari Daerah Sepang telah diamanahkan bertugas sebagai jawatankuasa protokol, persembahan dan liaison officer (LO).
Simposium dan Ekspo Kaunseling serta Pembangunan Sahsiah Murid Peringkat Kebangsaan kali ke-6 akan diadakan pada 12 November 2019 hingga 13 November 2019 bertempat di Dewan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten, Kajang.

Paparan gambar sepanjang mesyuarat berlangsung:

Suasana di bilik mesyuarat

Semua guru memberi tumpuan dalam mesyuarat
Bergambar kenangan selepas mesyuarat

Jawatankuasa pelaksana dari SK Taman Putra Perdana

Thursday 7 November 2019

Temuduga Tokoh Adiwira Selangor Terbilang 2019

Tarikh: 6 November 2019
Hari: Rabu
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Purnama Sari (Aras 1), PPD Sepang
Nama Guru Pengiring: Puan Juli binti Mahbah
Nama Calon Tokoh Adiwira:
1. Muhammad Danish Akif bin Dzulkharnain, 6 Tabla
2. Amirah Syadiyah binti Samsuri, 6 Tabla

Pada hari ini, dua orang murid SK Taman Putra Perdana telah menghadiri temuduga bagi pemilihan Tokoh Adiwira Selangor Terbilang 2019 bagi mewakili daerah Sepang ke pemilihan peringkat Negeri Selangor.
Semoga kedua-dua calon Tokoh Adiwira dari SK Taman Putra Perdana berjaya dalam pemilihan ke peringkat Negeri Selangor.

Paparan gambar sepanjang temuduga Tokoh Adiwira:

Calon Tokoh Adiwira dari SKTPP

Suasana di bilik menunggu sebelum dipanggil temuduga

Bergambar bersama guru pengiring

Hilangkan debaran dengan bergambar

Bergambar kenangan bersama En Jamillulail Mohd Junit, Penolong Pegawai PPD Sepang

Kami Benci DARVIH (Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV / AIDS)