Thursday 21 March 2019

Program Mentor Mentee Kali Pertama Tahun 2019

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Program Mentor Mentee kali pertama Tahun 2019 telah dilaksanakan pada hari ini kepada semua murid Tahap Dua dengan jayanya.

Tahun 4:
Bidang : Peningkatan Disiplin Diri Murid
Tajuk : Pengurusan Masa
Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:
               1. Mengurus masa dengan berkesan
               2. Melakukan aktiviti berfaedah
Falsafah : Masa itu emas

Tahun 5:
Bidang : Pembangunan Sahsiah Diri Murid
Tajuk : Kemas Diri
Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:
               1. Menyenaraikan kebaikan mengamalkan kekemasan dan kebersihan diri
               2. Mengurus diri dengan kemas dan bersih
Falsafah : Pengurusan diri yang teratur dapat memberi keselesaan dan meningkatkan nilai harga diri.

Tahun 6:
Bidang : Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid
Tajuk : Aku Cantik dan Kemas
Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:
               1. Menyatakan cara-cara pengurusan diri yang betul
               2. Menguruskan diri dengan kemas dan bersih
Falsafah : Pengurusan diri yang teliti akan dapat mendidik individu mendisiplinkan diri dan seterusnya membina jati diri yang unggul

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Program Mentor Mentee dijalankan:

Pn Noriza bt Md Nor selaku mentor kepada mentee 6 Tabla kumpulan 1

Pn Nurulhuda bt Hasbullah selaku mentor kepada mentee 4 Gigih kumpulan 2

Ustaz Ahamad Mustafid bin Mat Sharif selaku mentor kepada mentee 6 Tabla kumpulan 2

Pn Visva Vilasini selaku mentor kepada mentee 4 Cerdik kumpulan 2

Pn Nurul Afiqah bt Hashim selaku mentor kepada mentee 5 Vanadium kumpulan 1

Ustaz Zurilazman bin Abdullah selaku mentor kepada mentee 4 Arif  kumpulan 2

Ustazah W.Rosmawati bt W.Ibrahin selaku mentor  kepada mentee 4 Harmoni  kumpulan 1

Wednesday 20 March 2019

Perjumpaan Kelab Kerjaya Sesi Petang

Aktiviti yang digemari oleh ahli Kelab Kerjaya iaitu menyediakan Buku Skrap Kerjaya




Thursday 7 March 2019

Program Ziarah Cakna Siri 3

Program Ziarah Cakna Siri 3 ini diteruskan dengan lawatan ke rumah murid Tahun 6 dan Tahun 3 yang merupakan anak yatim sejak 5 tahun lalu. Hari ini pihak sekolah diwakili oleh Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM), Pn Roseniza bt Setapa (Guru Kelas), Guru-guru Bimbingan & Kaunseling dan Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG). 

Kehadiran kami ini bukan semata-mata lawatan biasa tetapi hasrat yang besar agar  amalan penyayang sebegini dapat merapatkan lagi hubungan antara penjaga dan guru. Melalui lawatan ini juga diharapkan dapat membuka ruang untuk berkongsi pendapat bagi mengembangkan potensi murid.

Komitmen padu daripada YDP PIBG; Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dalam menjayakan program ini amat dihargai dan diharapkan mampu meningkatkan persefahaman antara penjaga dan guru dengan berfokuskan kepada kemenjadian murid.

Berikut gambar-gambar semasa lawatan dijalankan.

Sedikit buah tangan daripada pihak individu

Komitmen padu daripada YDP PIBG

Beramah mesra bersama tuan rumah

Tersenyum ...ahli lawatan disambut baik oleh keluarga murid

Lawatan ini diketuai oleh Pn Rosmah bt Jamat

Disediakan oleh,
Arzah Hussin