Thursday 17 December 2020

Majlis Akhir Tahun Dan Meraikan Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu Tahun 2020

Hari ini telah berlangsung Majlis Akhir Tahun Dan Meraikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahap Bongsu bagi Tahun 2020 melalui medium google meet. Majlis ini diadakan bagi :

* Mengiktiraf PRS yang mencapai PRS Tahap Bongsu

* Mengiktiraf PRS yang cemerlang dari segi sahsiah iaitu bersikap bertanggungjawab, kerajinan dan kepekaan terhadap tugas

* Meningkatkan motivasi dan semangat semua PRS untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

* Mengeratkan hubungan antara guru dan PRS serta PRS dengan PRS

Majlis yang berlangsung selama lebih kurang satu jam itu telah dihadiri oleh seramai 63 orang PRS Tahun 3, 4, 5 dan 6 serta Pn Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SKTPP, Datin Nuraizah binti Dun (GPK HEM) dan juga Tn Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian selaku YDP PIBG merangkap perasmi program.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung...

Menunggu peserta mendaftar di talian google meet


Slaid / banner majlis ditayangkan sepanjang majlis berlangsung

Adik Naqib menjadi pengagaca majlis sepanjang majlis berlangsung

Memulakan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku

Lagu Negeri Selangor

Lagu Pembimbing Rakan Sebaya

Pengacara majlis menjemput dan mempersilakan pembaca doa

Adik Fadlullah mengetuai bacaan doa

Ucapan adik Damia 

Menjemput Pn  Hajjah Rohaidah untuk menyampaikan ucapan 

Pn Hajjah Rohaidah menyampaikan ucapan

Perasmian Program oleh Tn Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian; YDP PIBG

Tayangan sl aktiviti-aktiviti PRS sepanjang Tahun 2020







Debaran menunggu pengumuman pemenang Pertandingan Madah Intelek PRS Tahun 5




Tempat ketiga dimenangi oleh adik Muhammad Fadlullah bin Mohd Rasulzuki

Naib Johan dimenangi oleh adik Aliah Dzafirah binti Ahamad Syahir

Johan Pertandingan Madah Intelek PRS Tahun 5 
dimenangi oleh adik Nuraisya Damea binti Zuraidi

Pengumuman Pencapaian PRS Tahap Bongsu

Pn Juli mengumumkan 9 nama PRS yang berjaya mendapat anugerah PRS Tahap Bongsu










Ucapan TAHNIAH!!! kepada semua PRS yang berjaya mencapai PRS Tahap Bongsu

PRS Tahap Bongsu akan menerima sijil pencapaian dan cenderamata

Sesi bergambar setelah majlis selesai

Tuesday 15 December 2020

Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kerjaya "Meneroka Kerjaya Pilihan" Tahun 2020 (Dalam Norma Baharu)

 Alhamdulillah...syukur..

Selesai sudah Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kerjaya pada hari ini. Terima kasih kepada Nur Dania Alesya, PRS yang sangat berbakat dalam pengacaraan. Minggu Kerjaya ini yang berlangsung lebih kurang 2 minggu diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua murid SKTPP.

Dengan bertemakan meneroka kerjaya pilihan diharapkan dapat mencapai objektif iaitu dapat memberi pendedahan kepada murid mengenai pelbagai jenis kerjaya masa kini dan pada masa akan datang. Di samping itu, melalui aktiviti yang dijalankan, murid dapat mempamerkan kerjaya yang diminati dalam pelbagai pertandingan yang diadakan.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan.Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tidak lupa kepada ibu bapa yang memberi dorongan semangat kepada anak-anak dalam mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh Unit B&K.


Backdrop


Atur cara majlis


Nur Dania Alesya sebagai Pengacara Majlis

Ucapan perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)


Rakaman pengumuman sepanjang majlis dijalankan :













Senarai nama pemenang 👍👍👍









Slide pembentangan pemenang :