Saturday 18 January 2020

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2020

Pembimbing Rakan Sebaya atau dikenali sebagai PRS merupakan nadi penggerak kepada Unit Bimbingan & Kaunseling (B&K). Seramai 72 orang PRS di SK Taman Putra Perdana terdiri daripada murid Tahun 3,4,5 & 6 telah menerima watikah pelantikan pada hari ini.

Perkhidmatan PRS di sekolah berperanan sebagai rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Di samping itu, PRS juga membantu menggerakkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah, serta menjadi ikon kepada murid-murid lain. Justeru, PRS akan menjalankan tugas sebagai rakan sebaya yang positif dan berketrampilan dengan tagline "Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain".

Sekitar Majlis Menyerahan Watikah Pelantikan PRS Sesi Pagi

Dipengerusikan oleh Pn Juli bt Mahbah dan
ucapan telah disempurnakan oleh Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM)

Pn Rosmah menyampaikan watikah pelantikan kepada PRS

Seramai 56 orang PRS sesi pagi menerima watikah pelantikan pada hari ini

Bacaan ikrar PRS diketua oleh Nur Dania Alesya bt Mohd Zaidi

Memotong kek tanda kesyukuran selepas pelantikan dibuat

Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan Guru Bimbingan & Kaunseling

Sekitar Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan PRS Sesi Petang

1. Dipengerusikan oleh Pn Rozimah bt Yaakob
2. Bacaan Doa oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil
3. Ucapan telah disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad (PK Petang)

Penyampaian watikah disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad

Seramai 16 orang PRS telah menerima watikah pelantikan pada hari ini


Bacaan ikrar diketuai oleh Izz Zahirul (3 Vivo)

Seronok adik-adik PRS hari ini dapat makan kek sempena penyampaian watikah pelantikan 2020

Bergambar kenangan bersama Pn Jumilah bt Ahmad dan guru-guru

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan PRS bagi sesi 2020 atas pelantikan pada hari ini. Semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Jadikanlah keikhlasan sebagai panduan dalam membentuk personaliti diri yang unggul serta mengutamakan kesejahteraan diri dalam memberi bantuan.

Friday 10 January 2020

Pelancaran Program Guru Penyayang Tahun 2020


Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, pada hari ini tanggal 9 Januari 2020 bersamaan hari Khamis, pihak SK Taman Putra Perdana di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya melaksanakan Pelancaran Program Guru Penyayang Tahun 2020. Program Guru Penyayang adalah satu amalan murni yang sentiasa menjadi amalan di Sekolah kebangsaan Taman Putra Perdana. Tujuan utama program ini adalah bagi mewujudkan nilai penyayang dan sifat kepedulian guru terhadap murid-muridnya. Amalan penyayang perlu diterapkan oleh semua guru agar kemenjadian murid tercapai.

Alhamdulillah, segala perancangan bagi Program Guru Penyayang bagi Tahun 2020 berjaya dilancarkan dan disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.

Objektif Program:
  • Membentuk karekter serta sahsiah diri murid yang terpuji dan disenangi warga sekolah
  • Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
  • Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
Atur Cara:
Sesi Pagi: 7.20 pagi hingga 8.00 pagi
Sesi Petang: 1.20 tengah hari hingga 2.00 petang
  • Murid-murid berkumpul di Dewan Perdana
  • Ucapan aluan pengacara majlis
  • Bacaan doa
  • Ucapan perasmian Guru Besar
  • Gimik Pelancaran Program Guru Penyayang
  • Simbolik penyerahan amanah dari Guru Besar kepada penyelaras tahun 
  • Acara pemotongan kek pelancaran Guru Penyayang 2020
  • Sesi bergambar
  • Majlis bersurai

Paparan gambar sepanjang majlis berlangsung: 
(Sesi Pagi)

Ucapan perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali;
Pengacara majlis oleh Pn Arnny Yusnita binti Md Enarji;
Bacaan doa di bawah pimpinan Ustaz AhmadZubair bin Haji Muhammad Taib

Simbolik penyerahan amanah kepada penyelaras tahun 4, 5 dan 6

Barisan pentadbir dan guru-guru sesi pagi

Alhamdulillah..dapat makan kek yang disuapkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran

Bergambar kenangan selepas perasmian pelancaran oleh Guru Besar

Acara pemotongan kek pelancaran Program Guru Penyayang 2020

Paparan gambar sepanjang majlis berlangsung: 
(Sesi Petang)

Ucapan perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP
Pengacara majlis: Puan Nor Arzah binti Hussin
Bacaan doa: UstazAbdul Hafiz bin Abdul Halil

Gimik pelancaran Program Guru Penyayang

Bergambar kenangan dengan pentadbir dan barisan jawatankuasa Guru Penyayang 

Bertuahnya....cikgu suap kek hari ini.

Kenangan manis di majlis pelancaran Program Guru Penyayang
Lagi laporan Pelancaran Program Guru Penyayang Tahun 2020 dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Disediakan oleh:
Pn Siti Rabiaah binti Mohamed
Pn Noor Hayati binti Yusof
Pn Juli binti Mahbah

Taklimat Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2020

Taklimat Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 4 dan Tahun 5:
Tarikh: 3.1.2020
Hari: Jumaat
Masa: 9.50 pagi hingga 10.05 pagi
Tempat: Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Taklimat Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 6:
Tarikh: 9.1.2020
Hari: Khamis
Masa: 10.50 hingga 11.15 pagi
Tempat: Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Taklimat khas kepada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan  bertujuan mengingatkan semula kepada PRS tentang uniform PRS dan tugas PRS.
Uniform PRS bagi murid lelaki ialah baju kemeja putih, seluar biru tua, kasut dan stoking hitam, vest PRS dan tali leher.
Uniform PRS bagi murid perempuan ialah baju kurung / baju kemeja putih, kain biru tua, kasut dan stoking hitam, vest PRS, tudung ungu dan tali leher (PRS yang memakai kemeja). Pada tahun ini merupakan tahun pertama PRS perempuan yang beragama Islam memakai tudung berwarna ungu.
Salah satu tugas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling.

PRS sedang mendengar taklimat berkaitan tugas PRS
 
Guru Penasihat PRS  bersama PRS Tahun 4 dan PRS Tahun 5
Guru Penasihat PRS bersama PRS Tahun 6

Thursday 9 January 2020

Mesyuarat Agung Kelab Kerjaya Tahun 2020

Tarikh: 8.1.2020
Hari: Rabu
Masa: 1.20 hingga 2.20 petang
Tempat: Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Kehadiran: 61/72
Senarai nama Guru Penasihat Kelab Kerjaya Tahun 2020:
1. Puan Roseniza binti Setapa - Setiausaha
2. Puan Rozimah binti Yaakob - Naib Setiausaha
3. Mohd Izwan bin Mohd Jowahar
4. Puan Noor Hanawati Alinda binti Abd Taib Puruji
5. Puan Juli binti Mahbah
6. Puan Hastipa @ Zaiton binti Mat Daud
7. Cik Noor Azlinda binti Kasmin
8. Puan NorArzah binti Hussin

Alhamdulillah.., Mesyuarat Agung Kelab Kerjaya bagi Tahun 2020 telah dijalankan dan telah dipengerusikan oleh Puan Roseniza binti Setapa. Mesyuarat ini dijalankan untuk melantik Jawatankuasa Kelab Kerjaya bagi Tahun 2020.

Berikut merupakan Jawatankuasa Kelab Kerjaya Tahun 2020:
Pengerusi: Nurmila Herliana binti Abd Hasyim (6 Lawyer)
Naib Pengerusi: Farish Arsyad bin Mohammad Faizal ( 6 Scientist)
Setiausaha: Nureen Ezreen binti Zulkifli (6 Engineer)
Bendahari: Muhd Farid bin Aripuddin (6 Programmer)
AJK Tahun 6:
1. Muhammad Syahmi bin Shahabuddin (6 Pharmacist)
2. Muhammad Adrian Putra bin Mohammad Kamanoradriadi (6 Scientist)
AJK Tahun 5:
1. Iqram (5 Harmoni)
2. Insyirah (5 Jujur)
AJK Tahun 4:
1. Alif (4 Ibnu Sina)
2. Syalida (4 Ibnu Khaldun)

Tahniah diucapkan kepada barisan jawatankuasa Kelab Kerjaya Tahun 2020. Semoga semua jawankuasa dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Ahli Kelab Kerjaya Tahun 2020 bersama Guru Penasihat Kelab Kerjaya 



Ahli Kelab Kerjaya bersama Guru Penasihat Kelab Kerjaya


Bekerjasama dalam pemilihan jawatankuasa Kelab Kerjaya

Menulis jawatankuasa yang dilantik di whiteboard

Ketua Guru Penasihat Kelab Kerjaya 2020 sedang memberi penerangan

Wednesday 8 January 2020

Program Transformasi Diri (PTD) 2020

Program Transformasi Diri (PTD) 2020

Program Transformasi Diri (PTD) atau dulunya dikenali sebagai Program Maju Diri (PMD) merupakan salah satu program wajib di awal sesi persekolahan sekolah-sekolah di negeri Selangor.  Program ini dijalankan atas matlamat untuk melahirkan murid yang berwatak mulia, berketrampilan positif dan pandai bersosial di samping mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid. Program Transformasi Diri ini dilaksanakan bagi membugarkan semula semangat belajar agar murid-murid lebih bermotivasi, bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk memajukan diri.

Antara objektif utama program ini dijalankan adalah untuk
* Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama
* Meningkatkan minat dan motivasi murid untuk belajar bagi mencipta kecemerlangan.
* Membentuk modal insan yang cemerlang dan berhemah

Program ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 6 & 7 Januari 2020. Sasaran program ini adalah semua murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6. Antara pengisian program adalah seperti senamrobik, Ujian Personaliti, Magic Show dan Ceramah Transformasi Diri.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program dijalankan..

Aktiviti Hari Pertama Program

Buku Program

Pn Juli sebagai pengacara majlis

Bacaan doa oleh ustaz Ahmad Mustafid

Murid prasekolah turut serta bersenamrobik
Cikgu-cikgu pun suka nak bersenamrobik

 Ikut jer...instructor kat depan tu..

 Antara instructor yang terlibat dalam senamrobik

Peserta yang sentiasa bersemangat!!!

Penyampaian cenderamata untuk instructor senamrobik

Murid-murid Tahap 2 menjawab ujian personaliti di kelas masing-masing

Aktiviti sekitar hari kedua program 

Semua murid Tahun 4, 5 & 6  sedia berkumpul di Dataran Perhimpuan untuk aktiviti PTD hari kedua

Taklimat aktiviti  hari kedua PTD oleh Pn Juli. Aktiviti dimulai dengan pertunjukan silap mata dan seterusnya Ceramah Transformasi Diri

Aksi ustaz magic (Ustaz Hadri) menikam kertas dan memecah belon sambil menutup mata

Ustaz Magic mengoyakkan kertas surat khabar menjadi kepingan yang kecil

Kertas surat khabar tercantum semula 

 Persembahan silap mata menggunakan penyangkut baju

 Persembahan penutup aksi silap mata oleh ustaz magic

Sesi penyampaian cenderamata oleh Pn Hajjah Rohaidah kepada ustaz Magic

 Murid-murid Tahun 4 & 5 besedia untuk mendengar ceramah di Dewan Perdana

 Cikgu Juli memulakan sesi ceramah dengan memperkenalkan penceramah jemputan dari MTM Group
 Penceramah jemputan : En Afif Aqil bin Azlan dari MTM Group

 En Afif memulakan ceramah dengan tajuk fungsi otak manusia

 Murid-murid memberi tumpuan ketika sesi ceramah

 Antara aktiviti yang dibuat semasa slot ceramah untuk murid-murid Tahun 6

 Sesi penyampaian sijil untuk penceramah oleh Pn Rosmah bt Jamat

Antara murid yang dipilih untuk membuat ujian post program di Bilik Bimbingan & Kaunseling