Wednesday 24 June 2020

Petua 5T Mendengar

Assalamualaikum, selamat pagi murid-murid dan semua warga SKTPP
Semoga semuanya sihat sejahtera disamping keluarga tersayang...
Diam tak diam dah 3 bulan kita tak bersekolah kan...walaupun kita duduk di rumah sejak PKP dan sekarang dah masuk fasa pemulihan (PKPP), diharap murid-murid semua kekalkan momentum untuk terus belajar. Hari ni cikgu nak kongsikan salah satu teknik mendengar iaitu "Petua 5T Mendengar" . Petua ini boleh digunakan  oleh murid-murid, guru-guru dan ibu bapa bagi menunjukkan keperihatinan kita semasa mendengar dan menggalakkan seseorang individu itu berkongsi perasaannya dengan kita. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba...😉😉😉



#staysafestayhealthy
#kitajagakita

Saturday 20 June 2020

Webinar Guru Penyelia - Bengkel PRS@SSC Tier 1 Tahun 2020 Peringkat Negeri Selangor "Pelaksanaan Pemarkahan & Penilaian Peserta Bengkel"

Tarikh: 19 Jun 2020
Hari: Jumaat
Masa: 3.00 petang hingga 5.00 petang
Platform: Google Meet via Google Classroom
Oleh: En Muhammad Hasnan bin Mohd Salim K.B.;P.A.
(Jurulatih Utama Bengkel PRS@SSC 2020)

Pada hari ini semua Guru Penyelia PRS Peringkat Negeri Selangor  telah hadir ke Webinar Guru Penyelia secara online. Semasa webinar ini, guru penyelia didedahkan mengenai pemarkahan & penilaian bengkel, paparan sistem pemarkahan & penilaian, pengenalan portal e-Nilai @PRS dan memaklumkan takwim guru penyelia.
Semoga semua guru penyelia dapat menambah ilmu yang disampaikan oleh Jurulatih Utama Bengkel PRS@SSC ini serta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dengan sehabis baik.






Warna ungu dinilai oleh Guru Penyelia 














Wednesday 17 June 2020

Kemahiran Membaca Teknik SQ3R

Assalamualaikum murid-murid..
Walaupun murid-murid masih belum dibenarkan hadir ke sekolah, cikgu harap murid-murid sentiasa rajin membaca buku. Kalau kita hendak menjadi orang yang berilmu, maka kita hendaklah sentiasa rajin membaca. Sesungguhnya membaca itu adalah jambatan ilmu. Ilmu pula adalah ibarat cahaya yang menerangi hidup kita. Tanpanya kita akan kegelapan dan teraba-raba. Bayangkanlah kalau kita hidup dalam kegelapan. Demikianlah kita diibaratkan apabila hidup tanpa ilmu.

Bagaimana murid-murid membaca buku? Tahukah murid-murid bahawa membaca buku itu ada teknik, iaitu antaranya teknik SQ3R. Jom kita tonton video di bawah.


#rajinmembaca
#kitajagakita
#pkpp

Tuesday 16 June 2020

Panduan "Smart Parenting"

Assalamualaikum..
Selamat pagi dan salam ceria buat semua warga SKTPP. Semoga kita semua sentiasa tenang, positif dan bersemangat dalam menunaikan segala amanah dan tanggung jawab kita. Adakala kita mungkin rasa terbeban dengan amanah dan tanggungjawab yang dipikul, Namun percayalah...setiap amanah dan tanggungjawab yang kita berjaya tunaikan dijanjikan balasan yang baik dariNya. Kita juga akan rasa tenang dan puas bila berjaya dilaksanakan. Haaa...hari ni saya nak kongsikan plak bagaimana kita boleh menjadi ibu bapa yang bertanggung jawab terhadap pembelajaran anak-anak kita. Apa nak buat??? Jom ikuti panduan "Smart Perenting" di bawah. Selamat mencuba...👍👍👍


#staysafestayhealth
#kitajagakita

Thursday 11 June 2020

Orientasi PRS Bongsu (SK) Peserta Bengkel PRS@SCC (Smart Sharing Class) Tier 1 Tahun 2020 Peringkat Negeri Selangor

Tarikh: 11 Jun 2020
Hari: Khamis
Masa: 3.00 petang
Platform: Google Meet

Warga SK Taman Putra Perdana (SKTPP) mengucapkan tahniah kepada 10 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SKTPP kerana berjaya menyertai Hari Orientasi Peserta PRS Tahap Bongsu (SK) Bengkel PRS@SSC Tier 1 2020 Peringkat Negeri Selangor.
Senarai nama peserta:
1. Aisyah Sofiah binti Hanif - 6 Scientist
2. Aisyah Umairah binti Razali - 6 Lawyer
3. Aleeya Farhanna binti Ariffin - 6 Lawyer
4. Amira Maisara binti Yusrithaudeen - 6 Lawyer
5. Balqis Adriana binti Mohamed Naim - 6 Lawyer
6. Muhammad Naqib Luqman bin Muhammad Nasir - 6 Engineer
7. Nur Aliesya Syazana binti Anas Solihin - 6 Engineer
8. Nur Naimi Qistina binti Muhamad Azmi - 6 Lawyer
9. Nur Qalisha Unaira binti Alias - 6 Pilot
10. Nurul Adriana Syahirah binti Amiruddin - 6 Engineer

Syarat penyertaan kepada peserta:
1) Kehadiran peserta adalah diwajibkan dan akan direkodkan dalam sistem kehadiran.
2) Sebelum program bermula, peserta perlu sign-in emel moe serta masuk terlebih dahulu ke Google Classroom bengkel.
3) Memaklumkan kepada Guru Penyelia PRS sekiranya tidak dapat hadir.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Aisyah Sofiah binti Hanif dari SK Taman Putra Perdana kerana telah terpilih sebagai penghuluwati PRS Bongsu (SK) Bengkel PRS@SSC Peringkat Negeri Selangor. Semoga dapat menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.











Latihan Kawalan Minda

Assalamualaikum, selamat pagi...salam ceria buat semua warga SKTPP terutamanya anak-anak murid yang tersayang💕💕💕😍
Alhmdulillah, syukur...wabak covid-19 di negara kita hampir terputus rantaiannya. Kita dah boleh bergerak keluar dari rumah dan merentas negeri dalam fasa PKPP ini. Kita semakin tenang dari segala kekalutan akibat wabak ini. Walaupun begitu, mungkin masih ada dikalangan rakan-rakan kita yang masih belum bertenang sepenuhnya kan.....JOM!!! hari ini saya nak kongsikan bagaimana kita boleh melakukan "Kawalan Minda" yang mampu menjadikan kita rasa lebih tenang .Selamat mencuba...😃


#staysafestayhealth
#kitajagakita

Tuesday 9 June 2020

Majlis Perasmian Bengkel PRS@SSC (Smart Sharing Class) Tier 1 Tahun 2020 Peringkat Negeri Selangor

Majlis Perasmian Bengkel PRS @ SSC (Smart Sharing Class) Tier 1 Tahun 2020 Peringkat Negeri Selangor
Tarikh: 9 Jun 2020
Hari: Selasa
Masa: 3.00 petang
Platform:
a) Direct Link : https://www.youtube.com/watch?v=TilxfVZloIc
b) Youtube Channel : https://www.youtube.com/c/Cikgu HasnanSalim
Kehadiran peserta: PRS dan Guru Penasihat PRS seluruh Malaysia
Kehadiran peserta SKTPP: PRS dan Guru Penasihat PRS

Alhamdulillah, seramai 10 orang PRS SKTPP telah berjaya mendaftar sebagai peserta Bengkel PRS @ SSC (Tahap Bongsu). Maksimum sebuah sekolah yang boleh sertai bengkel ini adalah 10 orang.

Senarai PRS yang telah daftar sebagai peserta Bengkel PRS @ SSC Peringkat Negeri Selangor (Tahap Bongsu):
1. Aisyah Sofiah binti Hanif - 6 Scientist
2. Aisyah Umairah binti Razali - 6 Lawyer
3. Aleeya Farhanna binti Ariffin - 6 Lawyer
4. Amira Maisara binti Yusrithaudeen - 6 Lawyer
5. Balqis Adriana binti Mohamed Naim - 6 Lawyer
6. Muhammad Naqib Luqman bin Muhammad Nasir - 6 Engineer
7. Nur Aliesya Syazana binti Anas Solihin - 6 Engineer
8. Nur Naimi Qistina binti Muhamad Azmi - 6 Lawyer
9. Nur Qalisha Unaira binti Alias - 6 Pilot
10. Nurul Adriana Syahirah binti Amiruddin - 6 Engineer




















Penjagaan Diri Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Assalamualaikum murid-murid yang dikasihi sekalian.
Bertemu lagi kita dalam norma baharu kehidupan.
Mulai 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020, kita akan melangkah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Didoakan semuanya sihat, ceria dan sentiasa berwaspada serta melindungi diri daripada terkena jangkitan Covid-19.


#staysafestayhealth
#kitajagakita
#jagapenjarakansosial