Tuesday 28 July 2020

Program Minda Sihat: Jom Pilih Stiker Emosi

 Alhamdulillah..bertemu lagi di Blog Bimbingan dan Kaunseling. Semoga Allah S.W.T sentiasa mempermudahkan urusan kita seharian. Semua manusia tidak kira dewasa, remaja atau kanak-kanak pastinya mempunyai emosi. Emosi dapat didefinisikan sebagai pengalaman positif atau negatif yang dikaitkan dengan corak aktiviti fisiologi tertentu. 

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah kita lalui sehingga kini, pastinya ada di antara kita khususnya murid-murid akan menghadapi pelbagai emosi. Ada yang gembira, sedih, malu, marah dan sebagainya. Justeru itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah merancang aktiviti "Jom Pilih Stiker Emosi"bertujuan bagi memudahkan Guru Bimbingan & Kaunseling mendapatkan maklumat berkaitan emosi murid.

Aktiviti "Jom Pilih Stiker Emosi" ini diadakan dihadapan bilik Bimbingan & Kaunseling SKTPP pada waktu rehat setiap hari isnin, rabu dan jumaat. Murid-murid berpeluang memilih emosi yang mereka rasa seperti gembira, sedih, risau dan marah dan meletakkan stiker emosi tersebut ke dalam bakul yang disediakan. Selepas setiap kali waktu rehat, PRS yang bertugas akan membantu Guru Bimbingan & Kaunseling mengira dan mencatat jumlah emosi pada borang yang disediakan. Setiap hujung bulan pula, guru Bimbingan & Kaunseling akan membuat analisis data emosi tersebut. Data ini akan digunakan untuk membantu guru Bimbingan & Kaunseling membuat pilihan modul yang sesuai ketika masuk ke kelas ganti.

Berikut antara gambar-gambar aktiviti sempat dirakamkan semasa aktiviti ini dijalankan

Sudut "Jom Pilih Stiker Emosi" diletakkan di dadapan bilik Bimbingan Kaunseling yang menjadi laluan murid ke kedai buku pada waktu rehat

Sesi rehat Tahun 1

Dari riak wajah murid ni, pastinya kita dapat meneka stiker emosi pilihannya

Stiker emosi yang dipilih akan dimasukkan ke dalam bakul yang disediakan

Murid-murid sentasa diingatkan untuk menjaga jarak ketika proses memilih stiker emosi

Buku Rekod Stiker Emosi

PRS yang bertugas mencatat jumlah stiker emosi pada borang yang disediakan

Thursday 16 July 2020

Program Minda Sihat (Orientasi Pemugaran Emosi Murid Sekolah Rendah) Murid Tahun 5 & 6

Setiap murid di Malaysia perlu dibantu emosi dan sosial bagi membolehkan mereka mengupayakan dan membiasakan diri menghadapi kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Di samping itu, ia berupaya mengembalikan semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan persekolahan dan bersosial dengan rakan mereka.

Unit Bimbingan & Kaunseling hari ini mengambil peluang dalam membantu murid-murid dengan menjalankan Orientasi Pemugaran di bawah Program Minda Sihat pada hari pertama persekolahan selepas pandemik Covid-19. Program ini  sejajar dengan kehendak garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif program adalah untuk :
i/ Membantu pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih teratur dan lancar
ii/ Memberi perhatian terhadap psikologikal, psikososial dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah semasa berasa di sekolah dan asrama
iii/ Memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil


Selamat kembali ke sekolah wahai anak didik SKTPP
Kain rentang  promosi Program Minda Sihat "Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera"
Definisi konsep orientasi pemugaran emosi murid dalam kebiasaan baharu :

i/ Orientasi merupakan kegiatan yang menjadikan seseorang faham akan atau dapat menyesuaikan diri dengan sesuatu keadaan baru.

ii/ Pemugaran emosi merupakan konsep yang menunjukkan pendekatan yang bertujuan untuk memperelok strategi, membaharui semangat, memulihkan suasana muram dan membuat pembaharuan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, sama ada yang berlangsung di bilik darjah atau di luar bilik darjah.

iii/ Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

Modul panduan yang digunakan oleh guru sepanjang program dijalankan
Ustazah Safinatunajakh menerangkan tentang sejarah Covid-19
                                            
Ustaz Ishak menjalankan modul bersama-sama murid Tahun 5

Murid bersedia untuk mendengar penerangan daripada Puan Arjunawati mengenai keselamatan murid di sekolah
         
Tekun dalam menjawab soal selidik

Murid membuat aktiviti dalam buku lembaran kerja murid
Alhamdulillah...murid lengkap dengan topeng penutup mulut & hidung


Semasa program dijalankan, beberapa pelawat seperti nama di bawah mengingatkan kembali murid-murid tentang perkara-perkara penting yang patut dipatuhi sepanjang berada di sekolah.


Nama Pelawat : 

1/ Tuan Hj Ab Ghani bin Haji Hashim (Pegawai PPD Sepang)

2/ Tuan Hj Khairul Azhar bin Muhamad Suffian (YDP PIBG)
3/ Konstabel Nuraqilah binti Jalil (Pegawai Perhubungan Sekolah)



Akhir sekali saya perkenalkan... Guru Bimbingan & Kaunseling SKTPP

Dari kiri, Cikgu Arzah, Cikgu Rozimah dan Cikgu Juli
Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungi semua warga SKTPP daripada penularan wabak Covid-19

Saturday 11 July 2020

Taklimat Pelaksanaan Projek PRS Bagi Peserta PRS@SSC Tier 1 Tahun 2020 Peringkat Negeri Selangor

Tarikh: 11 Julai 2020
Masa: 3.00 petang
Platform: https://youtu.be/2F5Be1pBWh4
Sasaran: Semua peserta bengkel online PRS dan guru penyelia
Senarai peserta SKTPP:
1) Aisyah Sofiah binti Hanif, 6 Scientist
2) Aisyah Umairah binti Razali, 6 Lawyer
3) Aleeya Farhanna binti binti Ariffin, 6 Lawyer
4) Amira Maisarah binti Yusrithaudeen, 6 Lawyer
5) Muhammad Naqib Luqman bin Muhammad Nasir, 6 Engineer
6) Nur Aliesya Syazana binti Anas Solihin, 6 Engineer
7) Nur Naimi Qistina binti Muhamad Azmi, 6 Lawyer
8) Nur Qalisha Umaira binti Alias, 6 Pilot
9) Nurul Adriana Syahirah binti Amiruddin, 6 Engineer















Wednesday 8 July 2020

Taklimat Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Serta Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu

Taklimat Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Serta Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu telah disampaikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling kepada semua warga pendidik SK Taman Putra Perdana. Taklimat tersebut telah dilaksanakan pada hari ini, 8 Julai 2020 pukul 12.30 tengah hari di Dewan Perdana SKTPP.


Slaid yang dipamerkan semasa taklimat kepada warga pendidik: