Kumpulan: BGS107 - Permata Minda

Tajuk: Guru Pendidikan Seni Visual
Tarikh: 13 Ogos 2020
Hari: Khamis
Masa: 8.00 malam
Platform: Google Meet

Alhamdulillah, sesi pembentangan pra-projek oleh enam orang peserta telah selesai. Semua peserta terdiri dari gabungan dua buah sekolah iaitu empat orang dari SK Taman Putra Perdana dan dua orang lagi dari SK Kg Jawa 2.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Cikgu Muhammad Hasnan bin Mohd Salim, guru penilai iaitu Cikgu Hafiza dan Cikgu Norhaiza binti Che Mat. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya ibu bapa peserta dan guru-guru SK Taman Putra Perdana & SK Kg Jawa 2.

Walaupun tidak pernah bersua muka, hanya bertemu di alam maya namun kesemua peserta ini dapat memberikan kerjasama yang sangat baik. Syabas diucapkan..

Teruskan perjuangan menghasilkan projek berkumpulan ini dengan penuh semangat.