Wednesday 31 March 2021

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari-Mac 2021

 

Selamat hari lahir untuk semua murid SKTPP yang lahir pada bulan Januari-Mac. 
Semoga kalian 
dipanjangkan umur
dimurahkan rezeki 
menjadi murid dan anak yang terpuji sahsiahnya
 serta cemerlang dunia akhirat
πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Berikut gambar yang sempat dirakam hasil inisiatif guru kelas membuat sambutan di kelas masing-masing.









Murid-murid tetap gembira walaupun sambutan dijalankan dalam keadaan menjaga SOP
#staysafe


Friday 26 March 2021

Hadiah Tambahan Anugerah Ruang Rehat Guru Sejahtera

Hari ini SKTPP menerima tambahan hadiah Anugerah Ruang Rehat Guru Sejahtera tahun lepas daripada pihak JPN Sepangor melalui Pn. Ruzaimah; Kaunselor PPD Sepang. Terima kasih banyak atas ingatan & sokongan. Semoga guru-guru SKTPP semakin bersemangat menjalankan tugas dalam suasana yang tenang dan damai sentiasa..






Saksikan majlis penyampaian hadiah Anugerah tersebut semasa Seminar Kaunseling Psikologi Perkhidmatan Kaunseling JPN Selangor tahun lepas di sini.

Berikut sekitar penilaian Anugerah Ruang Rehat Guru Sejahtera SKTPP yang dikenali sebagai CEO Lounge tahun lepas.. 





Monday 22 March 2021

Program Mentor Mantee Kali Pertama

Pada 22 Mac 2021, Isnin - Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana  telah mengadakan Program Mentor Mantee kali pertama. Program ini merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid yang melibatkan tindakan membimbing, menyokong dan memberi nasihat.

Berpegang kepada konsep membangun sahsiah diri murid melalui panduan daripada mentor, program ini berjalan dengan kerjasama semua guru. Secara tidak langsung, program ini dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi sebarang masalah yang mendatang. Bimbingan dan sentuhan ini dapat memberi impak yang positif dalam kehidupan murid.

Selain itu, program ini dapat mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling menghormati antara mentor dan mantee. Justeru, dapat mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain. 

Program Mentor Mantee ini akan berterusan sepanjang tahun yang akan dijalankan sekali dalam sebulan. Butiran lanjut adalah seperti di bawah:

1. Sasaran   : Semua murid sesi pagi dan petang

2. Masa       : 7.30 pagi - 8.00 pagi (sesi pagi)

                     1.30 tengah hari - 2.00 petang (sesi petang)

3. Tempat   : Kelas masing-masing

4. Modul    : Aku Cantik dan Kemas   (Tahun 6)
                     Kemasan Diri                    (Tahun 5)
                     Pengurusan Masa            (Tahun 4)
                     Promosi Diri                     (Tahun 3)
                     Diri Saya                           (Tahun 2)
                     Salam Perkenalan           (Tahun 1)
                     Keluargaku Sayang        (Prasekolah)

Guru mengajar sepenuh hati;
Demi semua murid tersayang;
Semoga diajar lekat di hati;
Itulah harapan guru penyayang.

Antara gambar yang sempat dirakam semasa aktiviti dijalankan

                    SESI PAGI 


Sesi penyerahan fail kepada mentor

Contoh murid berpakaian kemas

Sesi penerangan tentang kekemasan diri

Contoh kebersihan kuku

Contoh murid berpakaian lengkap dan kemas

Sesi soal jawab menjaga kebersihan diri

Nota ringkas daripada mentor

Pengagihan murid dalam kumpulan (sekelas 2 kumpulan)

Murid mencatat nota kebersihan diri

Sesi perkenalan tajuk


Video program mentor mantee yang disampaikan oleh Puan Arnny Yusnita.

SESI PETANG


Sesi perkenalan di dalam kelas

Kepetahan murid memperkenalkan diri

Penerapan nilai murni, saling menghormati kawan

Hasil kerja murid

PRASEKOLAH

Konsep saling menyayangi


Sayangi keluarga, sayangi diri sendiri


Disediakan oleh:
Cik Roslinda binti Mansor
AJK Guru Penyayang

Friday 12 March 2021

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Minggu Ke-2 Sesi Persekolahan Secara Bersemuka Tahun 2021 (8 - 12 Mac)

Minggu ini merupakan minggu ke-2 sesi  persekolahan 2021 secara bersemuka bagi murid-murid Pra, PPKI, Tahun 1 dan Tahun 2. Namun bagi  murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan secara bersemuka.

Aktiviti menyambut kehadiran murid dipintu masuk Pagar A dan B masih diteruskan seperti minggu lepas oleh AJK Unit Guru Penyayang yang bertugas. Hasil inisiatif AJK Unit Guru Penyayang Sesi Pagi, pada hari pertama persekolahan minggu ini, semua murid sesi pagi mendapat pembaris sebagai hadiah kehadiran mereka ke sekolah hari ini.

Pada hari-hari berikutnya, Unit Guru Penyayang juga telah menyediakan sebanyak 30 hadiah setiap hari untuk murid-murid yang datang awal. Semoga inisiatif ini akan memberi semangat kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah.

Berikut merupakan gambar aktiviti menyambut kehadiran murid yang sempat dirakamkan sepanjang minggu ini 

Murid-murid menerima pembaris sebagai hadiah kehadiran mereka ke sekolah
 
Murid-murid Tahun 3 yang datang awal mendapat hadiah pensil
 
Rezeki untuk murid-murid yang datang awal ke sekolah

AJK Unit Guru Penyayang dan Guru Bertugas Mingguan sama-sama menyambut kehadiran
 murid-murid di Pagar A dan B

             Semoga murid-murid sentiasa termotivasi untuk hadir ke sekolah 

Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu 2.0 : Aktiviti Pemugaran Emosi Murid Tahun 3, 4, 5 & 6

Aktiviti Pemugaran Emosi Murid diteruskan minggu ini untuk murid Tahun 3, 4, 5 & 6 bermula Isnin hingga Jumaat. Alhamdulillah, keceriaan terpancar dari raut wajah murid pada hari pertama persekolahan. Walaubagaimanapun, Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK) masih mengambil inisiatif untuk membantu memantapkan lagi emosi sedia ada murid.

Terima kasih kepada 60 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang membantu dalam menjayakan aktiviti Brain Gym pada hari Rabu. Pujian untuk PRS SKTPP yang menerima dengan hati terbuka task daripada UBK dan sesungguhnya anak-anak PRS ini sangatlah hebat!! Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang sama-sama menjayakan Program Minda Sihat ini bermula 1 Mac lagi. 

Berikut gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakam sepanjang minggu ini

 (08-12 Mac 2021)

Modul yang digunakan sepanjang minggu ini
                                                               

                                                        πŸ‘‡Hari PertamaπŸ‘‡

Cikgu Roseniza menerangkan tentang aktiviti Secangkir Rasa

Murid melukis mengungkap perasaan dengan melukis buih-buih

Murid cuba memahami apa yang disampaikan oleh guru

Cikgu Arzah mendekati murid Tahun 3 semasa menjalankan aktiviti

Cikgu membuat rumusan aktiviti Secangkir Rasa

                                                           πŸ‘‡Hari KeduaπŸ‘‡

Aktiviti SUPERVAKS dimulakan dengan bacaan doa

 Pengamatan melalui teknik visual

Wow!! aktiviti didampingi oleh 2 orang ustaz dan seorang ustazah

Murid melahirkan kata-kata positif di papan putih

Spritual : Murid menyebut kata-kata positif melalui hati
                                        
                                                           πŸ‘‡Hari KetigaπŸ‘‡

Aktiviti brain gym ini telah dilakukan dengan baik hasil bantuan PRS dan kerjasama guru-guru. Antara kelebihan membuat aktiviti brain gym ialah :
πŸ™†Tenangkan fikiran yang gelisah
πŸ™†Meningkatkan kecerdasan otak
πŸ™†Meningkatkan koordinasi fizikal
πŸ™†Meningkatkan tahap kebolehan dalam pembelajaran
πŸ™†Meningkatkan kepekaan dan fokus
πŸ™†Sokongan kepada gaya hidup sihat


                                                      πŸ‘‡Hari KeempatπŸ‘‡

Fokus semasa mendengar apa yang cikgu ingin sampaikan

Murid menulis luahan perasaan di lembaran yang disediakan

Guru menekankan erti bersyukur di dalam aktiviti The Right Way

Murid menulis semula dapatan perasaan hasil daripada perbincangan bersama guru
                                                                       
                                                          πŸ‘‡Hari KelimaπŸ‘‡

Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti "Kawal Diri"

Semangat Ustazah Syahirah mengendalikan modul ini

Reaksi seronok/gembira yang dibuat oleh murid

Ini pula emosi sedih.....

Sebahagian rakaman aktiviti pada minggu ini..

                            Aktiviti brain gym 

                             Aktiviti "Kawal Diri"

                      Aktiviti "Secangkir Rasa"