Friday 30 April 2021

Taklimat Pemantapan Profesionalisme Guru Bimbingan & Kaunseling Sekolah-sekolah Daerah Sepang Tahun 2021

Hari ini semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Sepang telah menyertai Taklimat Pemantapan Profesionalisme Guru Bimbingan & Kaunseling. Taklimat yang diadakan secara dalam talian Google Meet ini adalah anjuran MGKK Sepang dengan kerjasama JPN Selangor. Semoga maklumat yang diperolehi akan dimanfaatkan kepada murid-murid serta sekolah masing-masing. 



Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Bulan April 2021

  Alhamdulillah..

Sesi persekolahan bersemuka dapat diteruskan lagi pada bulan April.Guru-guru bersemangat menyambut kehadiran murid di pagar A dan dipagar B. Murid-murid juga begitu  seronok bila dapat datang ke sekolah berjumpa guru-guru dan dapat  belajar di dalam kelas bersama rakan-rakan yang lain setelah sekian lama mereka  belajar secara alam maya. Seperti biasa sebelum masuk ke premis sekolah ,unit guru penyayang dan guru bertugas yang bertugas setiap hari menyambut kedatangan murid akan  berpesan supaya sentiasa mematuhi SOP.

Permulaan minggu pertama  bulan April iaitu hari Isnin dari jam 1.20 petang sehingga 1.50 petang. Unit guru penyayang dengan kerjasama guru-guru yang lain telah mengadakan program Mentor Mentee di dalam kelas melibatkan PRA sekolah, Tahun 1 sehingga tahun 6. Semoga program ini  akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Pada bulan April ini juga, tanggal 13/4/2021 umat islam menyambut bulan Ramadhan. Sepanjang hari persekolahan di bulan Ramadhan. Murid-murid Tahun 1 sudah ramai  belajar berpuasa.

Di minggu terakhir persekolahan bulan April, pihak sekolah menerima arahan dari Urusetia Jawatankuasa Bencara, JPN Selangor mengarahkan sekolah ditutup pada 26 April & 27 April dan penutupan sekolah buat kali ke-2  iaitu pada 29 & 30 April 2021 akibat pengesahan jangkitan Covid-19 yang melibatkan warga sekolah.Sepanjang penutupan sekolah,aktiviti pengajaran dan pembelajaran diteruskan secara PdPR.

 Berikut adalah beberapa gambar sepanjang bulan April 2021.

Murid-murid sesi pagi disambut dari luar pagar sekolah lagi

Suhu diambil sebagai pematuhan SOP

Murid-murid diminta untuk membasuh tangan terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas

Guru-guru sesi petang mengambil suhu murid di pagar B

Penjarakkan masih dijaga

Sambil mengambil suhu, sempat lagi cikgu Shahir bertanya khabar murid-murid



                   Di bawah adalah aktiviti program mentor mentee sesi petang yang dijalankan pada bulan ini



Disediakan oleh,

Zalina bt Ismail

AJK Guru Penyayang



Wednesday 28 April 2021

Pentaksiran Psikometrik Tahun 2021

Berdasarkan surat daripada Sektor Operasi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, rujukan surat KPM.600-17/1/45 (69) bertarikh 16 April 2021, semua sekolah rendah dan menengah  perlu melaksanakan Pentaksiran Psikometrik. 

Objektif pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi, personaliti, bakat dan kecenderungan murid. Selain itu, PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenal pasti tret yang boleh diperkembangkan melalui aktiviti pembelajaran di dalam bilik atau di luar bilik darjah. Perkara ini selaras dengan hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan sahsiah dan kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan.

SKTPP telah melaksanakan Pentaksiran Psikometrik pada 28 April 2021. Sasaran murid terdiri daripada semua murid Tahun 6. Semua guru, ibu bapa / penjaga dan murid telah dimaklumkan mengenai PPsi terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. Taklimat secara atas talian telah dilaksanakan pada 6 Februari 2021, boleh klik di sini :

http://kaunselingsktpp.blogspot.com/2021/02/taklimat-psikometrik-tahun-6.html

Kertas soalan

Kertas jawapan

Murid-murid kelas 6 Arif

Murid-murid kelas 6 Bestari

Murid-murid kelas 6 Cerdik

Murid-murid kelas 6 Dedikasi

Murid-murid kelas 6 Efisien

Murid-murid 6 Fokus

Murid-murid 6 Gigih

Murid-murid 6 Harmoni

Murid-murid 6 Intelek

Murid-murid 6 Jujur

Murid-murid fokus menjawab soalan


Saturday 24 April 2021

Program Motivasi Pengurusan Masa Tahun 5

Hari ini telah berlangsung satu lagi program motivasi khas untuk semua murid-murid Tahun 5, SKTPP. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan masa kepada setiap individu. Program ini juga diharap dapat membuka minda dan membina kesedaran murid-murid tentang pentingnya mempunyai sikap bertanggungjawab untuk membina kecemerlangan diri dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah

Program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling ini mendapat kerjasama dari Konsultan Idratul Ilmi yang bertanggungjawab dari segi penyediaan link zoom dan penceramah. Program ini telah berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 10.40 pagi.

Perasmian penutupan program telah disempurnakan oleh Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung..


Poster program

Buku program

Sesi pendaftaran

Sesi taklimat bersama Cik Aisyah

Sesi bacaan doa oleh Ustaz Syed Farhan


PU Izzat sebagai pengacara majlis menjemput Pn Hajah Rohaidah bagi menyampaikan ucapan perasmian program

Ucapan perasmian program oleh Pn hajah Rohaidah, Guru Besar SKTPP

PU Izzat memulakan pengisian ceramah Motivasi Pengurusan Masa

Sesi pengenalan bersama penceramah

Antara pengisian ceramah yang disampaikan oleh PU Izzat




Antara reaksi peserta semasa mengikuti ceramah



Sesi bergambar di akhir program



Semoga ilmu yang dikongsi oleh PU Izzat akan menjadi panduan dan mendorong anak-anak didik SKTPP menjadi insan yang cemerlang.

Friday 23 April 2021

Jom Sertai Program Motivasi Pengurusan Masa Tahun 5


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Program Motivasi pengurusan Masa Tahun 5 akan dilaksanakan berdasarkan butiran berikut: 

πŸ“† Tarikh: 24 April 2021

πŸ—“ Hari: Sabtu

πŸ•° Masa: 8.30 pagi - 10.40 pagi

⛳️Tempat: Lokasi murid masing-masing

πŸ‘©πŸ»‍πŸ’» Medium: Aplikasi Zoom

πŸ‘©πŸ»‍πŸŽ“Sasaran: Semua murid Tahun 5

πŸ“ πŸ“ πŸ“ :

1️⃣ Mohon kerjasama ibu bapa yang belum memuat turun aplikasi Zoom dalam laptop atau handphone, bolehlah memuat turun sebelum program bermula.

2️⃣ Semua peserta yang menyertai program ini akan diberikan sijil (secara online).

Contoh sijil

Buku Program Motivasi Pengurusan Masa Tahun 5, sila klik link ini: https://anyflip.com/jcsg/amsy/

Terima kasih.