Saturday 29 May 2021

Selamat Bercuti..

Selamat bercuti buat anak-anak murid tersayang... Cuti sekolah bukan bermakna cuti untuk belajar dan berehat sepenuhnya. Setiap hari adalah hari terbaik untuk belajar. Manfaatkan cuti ini dengan perkara yang berfaedah!!

                                              


#staysafe

Friday 28 May 2021

Kursus Kepimpinan Peringkat Kebangsaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bongsu Tahun 2021

Alhamdulillah, pada hari ini seawal jam 8.00 pagi telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Peringkat Kebangsaan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bongsu Tahun 2021 sebagaimana butiran berikut:

Tarikh: 28 Mei 2021
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Pendaftaran: Bermula 8.00 pagi
Penglibatan: 500 orang murid dari seluruh negeri di Malaysia (10 orang PRS dari SKTPP)
Tempat: Dalam Talian Aplikasi Zoom
Anjuran dan Kolaborasi: UBK SK Taman Bukit Maluri bersama MGKKL, UBK seluruh Malaysia dan MotivatorOhsem

Senarai nama peserta dari SK Taman Putra Perdana:
1. Qhalesya Nur Iman binti Muhammad Khairul Azam, 6 Jujur
2. Shafiqah Amirah binti Mohd Shahril, 6 Jujur
3. Ain Nur Aisyah binti Idris, 6 Harmoni
4. Muhammad Hafidh Husna bin Mohd Nasir, 6 Harmoni
5. Alya Nurfarzana binti Azuar Affendi, 6 Gigih
6. Nur Alya Dania binti Ikhwan, 6 Gigih
7. Alin Nazurah binti Azlee Hisyam, 6 Fokus
8. Muhammad Fadlullah bin Mohd Rasulzuli, 6 Fokus
9. Athira Natasya Zahara binti Abdullah, 6 Dedikasi
10. Nur Husna Khamelia binti Shamsol Komar, 6 Dedikasi

Para peserta sangat bertuah kerana dapat ilmu yang disampaikan secara percuma. Program ini telah mendapat sumbangan oleh pihak tertentu. Semoga pihak tersebut sentiasa diperluaskan rezeki oleh Yang Maha Esa. 

Peringatan mesra kepada para peserta sebelum dan semasa kursus:
1. Bersedia di awal pagi dengan memakai uniform PRS
2. Peserta perlu bersarapan terlebih dahulu sebelum mengikuti kursus
3. Peserta perlu menjaga adab tingkahlaku sepanjang program berlangsung. Terutama di ruangan chat, peserta dinasihatkan menggunakan dengan cara yang berhemah dan elakkan menaip perkataan-perkataan yang tidak sopan. 
4. Semua peserta diwajibkan mengisi borang penilaian bagi melayakkan mendapat sijil penyertaan.

Semoga ilmu yang para peserta peroleh dari program ini akan dimanfaatkan dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin yang berdedikasi kepada PRS yang lain dan juga kepada rakan-rakan walau di mana jua berada. 

Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakamkan:


Penceramah Kursus Kepimpinan PRS

Peserta dari SKTPP

Gambar kenangan bersama Guru Penasihat PRS

Suasana ketika sesi ceramah 

Aktiviti semasa kursus








4 Tahap dalam PRS

Thursday 27 May 2021

Jom kongsi : Gandakan Perlindungan

Salam Sayang๐Ÿ’“๐Ÿ’“๐Ÿ’“

Salam Kita Jaga Kita. 

Semua mesti tahu kes Covid-19 semakin meningkat dan kes kematian mencecah lebih 50 orang sehari....... Sungguh menggerunkan. Apa yang patut kita buat dengan VARIAN baru yang semakin mengganas ini? Tidak lain tidak bukan, apa yang kita sering dan kerap perkatakan iaitu menjaga SOP dan kekal di rumah jika tiada keperluan di luar.

Apa itu varian cikgu?? Mari cikgu terangkan di sini..

Varian ialah sesuatu yang menyimpang atau berlainan dari kelaziman atau keadaan asal.

Varian Covid-19 yang baru ini adalah upgrade version virus Covid-19 yang sedia ada yang mana ianya;

  1. Lebih mudah dan cepat merebak
  2. Tiada gejala atau simptom
  3. Sukar dikesan kes di mana hasil ujian adalah negatif namun sebenarnya virus Covid-19 telah berada di dalam tubuh namun tidak dapat dikesan.

Gandakan perlindungan daripada  varian baru ini dengan amalan memakai pelitup muka berganda (double face mask). Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus Covid-19.

Berikut adalah cara penggunaan pelitup muka berganda

#staysafe

#stayathome

Tuesday 25 May 2021

Jom Kongsi : Sahsiah Diri

Ramai murid kini sedia maklum tentang apa yang dimaksudkan dengan SAHSIAH. Walaubagaimanapun, masih ada yang terpinga-pinga bila disebut tentang sahsiah tetapi faham tentang apa yang dimaksudkan dengan akhlak.

Sahsiah atau personaliti yang mengikut istilah bermaksud keperibadian atau peribadi. Sahsiah juga merujuk kepada sistem kecenderungan bertingkahlaku individu. Ini bererti setiap individu ada cara tersendiri untuk bertindak melakukan perbuatan samada baik atau tidak baik. Manakala dalam perspektif islam sahsiah lebih dikenali sebagai akhlak.

Sahsiah atau akhlak boleh dikategori sebagai dua iaitu baik dan tidak baik. Contoh sahsiah yang baik dalam persekitaran murid-murid ialah menghormati guru, membantu ibu bapa di rumah dan bercakap sopan dengan kawan. Manakala sahsiah yang tidak baik pula ialah melawan cakap guru & ibu bapa serta bergaduh dengan kawan. 

Jom kita buat checklist diri.... Adakah kita masih mengulangi perbuatan di atas? Cikgu percaya bahawa murid-murid di SKTPP sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Jika bukan kita mengubah diri sendiri ke arah kebaikan, siapa lagi bukan? Mulai hari ini, cuba jadi baik dengan mengucapkan kata-kata yang positif. Apa yang kita sebut akan terakam di minda sekaligus mengubah daya pemikiran dan tingkah laku kita.

Ini antara aktiviti yang mampu menyerlahkan lagi sahsiah diri
 yang dapat dilihat dari sisi kebaikan

Murid-murid juga boleh memantapkan lagi pengetahuan tentang sahsiah diri dengan bermain game ini  JOM KLIK. SERONOK DAPAT, ILMU DAPAT.

Mesyuarat Agung Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan (MGKK) Selangor Kali Ke-7

Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Agung MGKK Selangor Kali Ke-7. Salah seorang GBKSM, SKTPP telah terlibat sebagai wakil delegasi  untuk Daerah Sepang. Mesyuarat Agung ini telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform google meet bermula jam 9.00 pagi hingga 1.10 petang.

Mesyuarat Agung ini telah direalisasikan agendanya oleh AJK MGGK Selangor sesi 2019/2021 dengan kerjasama JPN, Selangor. Mesyuarat ini  telah disertai oleh hampir 200 orang perwakilan dari 10 daerah di negeri Selangor. Setiap daerah diberi kuota 20 orang sebagai delegasi perwakilan daerah. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh Tuan Azmi bin Misron, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPN Selangor.

Jom.... kita saksikan gambar-gambar yang berkaitan Mesyuarat Agung MGKK Selangor kali ke-7..


Buku program Mesyuarat Agung MGKK Selangor Kali Ke-7

Cikgu Rozimah selaku salah seorang delegasi perwakilan daerah Sepang


Barisan calon dan jawatan yang dipertandingkan




Saat debaran mengundi secara atas talian dan menunggu keputusan





YDP MGKK Selangor bagi sesi 2021/2023


Barisan AJK MGKK Selangor Perwakilan Sekolah Rendah bagi sesi 2021/2023





YDP MGKK Daerah Sepang Cikgu Shaiful Nazree menjadi salah seorang AJK MGKK Selangor bagi sesi 2021/2023


Antara bahan poster berkempen 2 hari sebelum tarikh mesyuarat agung







TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua calon yang berjaya. Semoga MGKK Selangor terus Gemilang dan Terbilang di bawah pimpinan YDP baharu yang dilantik Pn Zulaiha binti Ismail bersama barisan AJK MGKK Selangor bagi sesi 2021/2023.  

Program Perkongsian Profesional Kaunselor Pendidikan KPM: Proshare - Self Care

Alhamdulillah, semua Guru Bimbingan dan Kaunseling telah dijemput mengikuti program yang sangat menarik, dapat mengimbas kembali ilmu dalam bidang kaunseling serta perkongsian pengalaman yang sangat hebat. Program Perkongsian Profesional Kaunselor Pendidikan KPM: Proshare - Self Care ini dianjurkan oleh Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK) yang dilaksanakan selama dua hari seperti butiran berikut:

Tarikh: 24 hingga 25 Mei 2021

Hari: Isnin hingga Selasa

Masa: 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Platform: Cisco Webex

Speaker 1: Encik Hamdan Zainal Afuad, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan Kaunseling dan Pengurusan Pendidikan IPGK Temenggong Ibrahim

Pembentang 1: Puan Salihah binti Yusoff, Kaunselor Pendidikan Negeri, JPWP Putrajaya

Pembentang 2: Puan Noor Azian binti Abd vHani, Kaunselor Pendidikan Negeri, JPN Negeri Sembilan

Pembentang 3: Puan Juhaida binti Mohamad Said, Kaunselor Pendidikan Daerah, PPD Kulai, Johor

Pembentang 4: Puan Mazliza binti Ismail, Kaunselor Pendidikan daerah, PPD Pontian

Semoga segala perkongsian yang disampaikan oleh para pembentang dapat dijadikan panduan kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.