Tuesday 16 November 2021

Aktiviti Pemugaran Emosi Murid (Minda Sihat)


Keperluan dalam membantu murid mengembalikan emosi positif setelah bersemuka, merupakan satu amanah buat Unit Bimbingan & Kaunseling. Keadaan emosi yang tenang dan selesa amatlah penting bagi murid-murid apabila mula sesi bersemuka. Bagi memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil maka, terlaksanalah aktiviti pemugaran emosi murid yang bertema "Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera".

Aktiviti ini dijalankan selama 6 hari (mengikut kumpulan penggiliran) dan mengambil masa selama 1 jam dengan menggunakan modul relaksasi serta pengurusan emosi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan guru yang banyak membantu dalam merealisasikan aktiviti ini. Tahniah kepada semua murid yang memberikan kerjasama yang baik dan harapan cikgu agar kamu sentiasa bersama aura yang positif. Selamat menuntut ilmu!





Gambar murid sesi petang sepanjang aktiviti dijalankan.







Gambar murid sesi pagi beraktiviti








Jom lihat kemeriahan aktiviti pemugaran yang sempat dirakam

Kursus Asas Komunikasi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahap Bongsu Tahun 2021

Alhamdulillah, hari ini telah berakhir Kursus Asas Komunikasi untuk kedua-dua kumpulan A & B bagi semua PRS Tahap 2. Kursus ini telah diadakan pada 11/11/2021 (Khamis) untuk PRS yang hadir untuk sesi persekolahan bersemuka kumpulan A dan hari ini diadakan pula untuk PRS yang hadir untuk sesi persekolahan kumpulan B. 

Kursus ini diadakan bagi memenuhi salah satu syarat untuk penganugerahan sijil PRS Bongsu. Ia juga bertujuan untuk membina satu kumpulan murid yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif. Melalui kursus ini juga, diharapkan ahli PRS berkeupayaan membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenalpasti rakan-rakan mereka yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika sesi kursus untuk PRS kumpulan A yang telah diadakan pada 11/11/2021 (Khamis).








Seterusnya merupakan gambar-gambar yang dirakamkan semasa sesi kursus pada hari ini,  16/11/2021 (Selasa)  untuk PRS kumpulan B.







Semoga kursus ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi PRS bersama rakan-rakan dalam usaha menolong guru-guru serta orang-orang di sekeliling kehidupan mereka serta mampu meningkatkan lagi keyakinan diri untuk berkomunikasi di khalayak ramai. 

#PRS kita kan sahabat
#Bantu diri untuk bantu orang lain

Tuesday 9 November 2021

Bengkel Training Of Trainers Program Rintis Intervensi Minda Sihat Negeri Selangor

Bengkel Training Of Trainers (TOT) Program Rintis Intervensi Minda Sihat merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Bengkel ini bertujuan sebagai penyelarasan perlaksanaan Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) yang memberi fokus kepada peningkatan kesejahteraan emosi dan kemahiran gaya tindak murid. 

Butiran maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh: 9 November 2021
Masa: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Platform: Google Meet
Sasaran: Jurulatih Utama Minda Sihat Negeri Selangor

Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan semasa bengkel dijalankan:







#teampemikirmindasihat
#mindasihat
#emositerjagakehidupansejahtera
#tenangdiri

Thursday 4 November 2021

Happy Deepavali

 

Selamat menyambut Deepavali buat seluruh warga SKTPP.
Stay Safe😊

Tuesday 2 November 2021

Naib Johan Pertandingan Madah Intelek PRS Daerah Sepang 2021. TAHNIAH!!



Alhamdulillah... syukur diberikan rezeki untuk tahun ini. Sekalung tahniah buat adik Qhalesya Nur Iman bt Muhammad Khaizul Azam (6 Jujur) kerana berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Madah Intelek PRS Daerah Sepang untuk tahun 2021. 

Terima kasih kepada Puan Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) yang sentiasa memberi sokongan padu kepada murid-murid dalam menempa kejayaan. Semasa latihan dibuat, Pn Rohaidah turut sama memberi idea dalam meningkatkan lagi mutu persembahan adik Qhalesya dan semasa pertandingan tidak putus dengan kata-kata semangat dari awal sehinggalah pengumuman dibuat. Buat ibu bapa adik Qhalesya, terima kasih diucapkan kerana sangat supportive.

Tahniah juga diucapkan kepada team pelaksana pertandingan iaitu MGKK Daerah Sepang kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan sehebat ini. Bakat dan potensi murid terserlah apabila pertandingan seperti ini diadakan. 

Berikut adalah keputusan Pertandingan Madah Intelek dan paparan gambar sepanjang pertandingan dijalankan :
Johan : SK Kota Warisan
Naib Johan : SK Taman Putra Perdana
Tempat Ketiga : SK KLIA















Video semasa pembentangan oleh Qhalesya Nur Iman