Tuesday 7 December 2021

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Kelas PdPR terbaik Tahun 2021

Hari ini telah berlangsung satu majlis ringkas Penyampaian Hadiah dan Sijil bagi Kelas PdPR Terbaik Tahun 2021, di Bilik Bimbingan & Kaunseling. Program ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan di bawah Unit Hal Ehwal Murid (Unit Guru Penyayang) bagi menggalakkan penglibatan murid-murid mengikuti kelas PdPR. 

Hadiah berupa wang tunai dan sijil telah disampaikan oleh Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP kepada guru-guru kelas yang terlibat mengikut Tahun Satu hingga Enam, Prasekolah dan juga PPKI. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru dan kelas yang terlibat. Ucapan terima kasih juga kepada pihak PIBG yang sudi memberikan sumbangan hadiah. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa majlis berlangsung.

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Kelas PdPR Terbaik di sesi pagi





Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Kelas PdPR Terbaik sesi petang