Monday 14 November 2022

Pentaksiran Psikometrik (PPsi)Tahun 5, 2022

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) secara online telah dilaksanakan dengan jayanya kepada semua murid Tahun 5. Buat pertama kalinya pada tahun ini, Pentaksiran Psikometrik dilaksanakan secara online dan buat pertama kali juga ia dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 5. PPsi ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada 2 Jun 2022 dalam sidang akhbar khas. Sumber: https://www.kosmo.com.my/2022/06/02/ppsi-dilaksanakan-bagi-murid-tahun-45-dan-tingkatan-dua/

Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 5 di SK Taman Putra Perdana:




Slaid Taklimat Pengurusan Sistem Psikometrik Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah 2022: https://anyflip.com/bungw/riig/

Panduan Untuk Guru B&K, sila klik gambar berikut:

Panduan Pengisian Untuk Murid, sila klik gambar berikut:


Lensa Kamera sepanjang Pentaksiran Psikometrik di SK Taman Putra Perdana berlangsung:

Pentaksiran Psikometrik, 5 Asus

Pentaksiran Psikometrik, 5 iPhone

Pentaksiran Psikometrik, 5 Lenovo

Pentaksiran Psikometrik, 5 Neffos

Pentaksiran Psikometrik, 5 Nokia

Pentaksiran Psikometrik, 5 Oppo

Pentaksiran Psikometrik, 5 Samsung

Pentaksiran Psikometrik, 5 Sony

Pentaksiran Psikometrik, 5 Vivo

Pentaksiran Psikometrik, 5 Oppo

Thursday 3 November 2022

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

 

Program MEKAR iaitu Program Melangkah Ke Alam Remaja merupakan program yang dijalankan setiap tahun kepada murid-murid Tahun 6. Program MEKAR telah dilaksanakan dengan jayanya pada ketetapan berikut:


Tarikh: 3 November 2022
Hari: Khamis
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Perdana, Terminal Muafakat, Raudatul Ilmi dan Terminal Terabait SK Taman Putra Perdana
Sasaran : Semua murid Tahun 6 dan Calon Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu
Anjuran:
1. Unit Bimbingan dan Kaunseling
2. Panitia Pendidikan Agama Islam
3. Panitia Pendidikan Moral
4. JK Tahun 6

Objektif: 
Berpaksikan "Sekolahku SEJAHTERA" yang memberi penekanan kepada elemen selamat, sihat dan jati diri adalah seperti berikut: 
1. Membolehkan murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan dengan situasi perubahan sebelum dan selepas aqil baligh. 
2. Membantu murid memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi perubahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.
3. Berupaya menjaga kesihatan dan kebersihan diri dengan sempurna selaras dengan elemen sihat. 

Senarai Nama Personalia:
1. Puan Nor Arzah binti Hussin, Guru Bimbingan dan Kaunseling
2) Ustazah Umi Nazrah binti Saharoni, Guru Bahasa Arab
3) Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib, Guru Pendidikan Agama Islam
4) Puan Siti Rabiaah binti Mohammad, Guru Pendidikan Moral

Buku Program: 
Sila klik link berikut: https://anyflip.com/bungw/ivum/

Slide ceramah:
Sila klik link berikut: https://anyflip.com/bungw/mepv/

Gambar sekitar Program MEKAR:

Ceramah Persediaan Awal Remaja disampaikan oleh Pn Nor Arzah binti Hussin

Bakal melangkah ke alam remaja

Para peserta memberi tumpuan kepada ceramah yang disampaikan

Ceramah AQBAL-Aqil Baligh kepada peserta perempuan disampaikan oleh Ustazah Umi Nazrah binti Saharoni



Aktiviti Moral oleh Pn Siti Rabiaah binti Mohammad

Ceramah AQBAL-Aqil Baligh kepada peserta lelaki disampaikan oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Jh Muhamad Taib


Penyampaian cenderamata kepada Pn Nor Arzah
 
Penyampaian cenderamata kepada Pn Siti Rabiaah binti Mohammad

Penyampaian cenderamata kepada Ustazah Umi Nazrah

Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Ahmad Zubair