Tuesday 31 January 2023

Program Alam Menengah Tahun 2023

Pada penghujung bulan Januari Tahun 2023, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Guru Tahun 6 telah menganjurkan satu program khas buat semua murid Tahun 6 iaitu Program Alam Menengah. Proram Alam Menengah ini telah bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. Para peserta sangat bertuah kerana didatangi dua orang penceramah yang pakar dalam memberikan ceramah 'Alam Menengah' iaitu Puan Hasliza Hassan dan Puan Siti Juliana Mohamed. Kedua-dua orang penceramah ini merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SMK Putra Perdana. 

Maklumat berkaitan program:

Tarikh: 31 Januari 2023
Hari: Selasa
Masa : 7.45 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
Sasaran: Semua murid Tahun 6 berjumlah 309 orang

Objektif program:

1. Membolehkan murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan situasi sekolah menengah.

2. Memberi motivasi dan inspirasi kepada murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di sekolah menengah dan menanam usaha dari awal persekolahan bagi mencipta kejayaan dan kecemerlangan diri pada masa depan. 

Buku Program : https://anyflip.com/bdxnv/roim/

Berikut merupakan slaid dan video yang dikongsi oleh penceramah:

Slaid Taklimat Program Alam Menengahhttps://anyflip.com/bungw/alys/

Video korporat SMK Putra Perdana: https://www.youtube.com/watch?v=MhmfS5Hpgw8

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan  Program Alam Menengah Tahun 2023. Terima kasih dan syabas juga kepada semua peserta atas kerjasama dan memberi perhatian sepanjang sesi ceramah. Semoga semua peserta telah bersedia melangkah ke Alam Menengah dengan berbekalkan maklumat yang disampaikan oleh dua orang penceramah dalam Program Alam Menengah dan seterusnya memberi impak yang positif kepada para peserta. 

Bersama-sama ini dilampirkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program berlangsung: 

Pengacara Majlis: Pn Roseniza binti Setapa

Bacaan Doa dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib

Peserta mengaminkan doa yang dibaca

Penceramah 1 : Pn Hasliza binti Hassan

Penceramah 2: Pn Juliana binti Mohamed

Peserta memberi tumpuan terhadap ceramah yang disampaikan

Bersemangat untuk melangkah ke Alam Menengah

Guru Besar menyampaikan Sijil Penghargaan kepada penceramah

Guru Besar menyampaikan Sijil Penghargaan kepada penceramah


Puan Hajah Rohaidah (Guru Besar SKTPP) bersama dua orang penceramah

Tahniah... kerana dapat jawab soalan kuiz

Tahniah... dapat hadiah daripada penceramah

Tahniah!

Tahniah!

Tahniah!

Tahniah!

Tahniah!

Tahniah!


Datin Noraizah, PK HEM bersama penceramah dan penyelaras program


Lagi laporan Program Alam Menengah dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini
Terima kasih..

Wednesday 18 January 2023

Lawatan Penanda Arasan Pertama Ke Bilik Bimbingan & Kaunseling Tahun 2023

Seramai 56 orang warga SK Jugra, Banting telah hadir melawat bilik-bilik khas di SK Taman Putra Perdana. Bilik Bimbingan & Kaunseling antara yang tersenarai untuk dikunjungi. Sepanjang lawatan tersebut, kami GBKSM antara kedua-dua sekolah bertukar-tukar idea dan pendapat mengenai pengurusan perkhidmatan bimbingan & kaunseling. Terima kasih kerana sudi melawat kami di sini😍

Berkongsi idea bersama Pn Roaizah bt Moin (PK HEM) dan Guru Bimbingan & Kaunseling SK Jugra 

Perkongsian tentang aktiviti kaunseling

Bergambar kenangan bersama JK Kerja Unit HEM

                        Lagi maklumat lawatan penanda arasan SK Jugra di dalam Blog SKTPP

Saturday 14 January 2023

Program Intervensi Minda Sihat Sekolah Rendah PPD Sepang 2023

Pada hari ini, semua Guru Bimbingan dan Kaunseling, semua murid Tahun 5, murid Tahun 6 serta ibu bapa telah dijemput menyertai Program Intervensi Minda Sihat Sekolah Rendah PPD Sepang yang dilaksanakan di platform Youtube Live. Program ini merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan bagi membantu perkembangan murid dengan lebih aktif dan sihat dari segi mental, fizikal, sahsiah dan minda. 

Maklumat program seperti butiran berikut:

Tarikh : 14 Januari 2023

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi

Platform, Youtube Live : https://youtu.be/LoDpEx5npbE

Objektif: 

1) Murid dapat membantu dan mengawal emosi yang dihadapi

2) Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing sebagai panduan yang boleh mensejahterakan mental dan emosi

3) Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan masing-masing. 

Buku Programhttps://anyflip.com/zqoml/bklv/

Slaid Taklimat Program Minda Sihathttps://anyflip.com/bungw/ckhu/

e-Sijil Penyertaan :

Lensa kamera sepanjang program berlangsung:

Penceramah Jemputan: Dr Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor, Pensyarah Kanan / Perunding Psikologi Klinikal Universiti Kebangsaan Malaysia






Lagi laporan Program Intervensi Minda Sihat Sekolah Rendah PPD Sepang dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.