Murid-murid terpilih dan wakil guru menonton youtube di Terminal Muafakat |
Friday 22 September 2023
Majlis Pelancaran Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Dalam Talian
Program Ziarah Cakna Siri Ketiga Tahun 2023
Program Ziarah Cakna diteruskan lagi secara rasminya pada hari ini di rumah salah seorang murid SK Taman Putra Perdana. Kunjungan ke rumah murid pada kali ini dihadiri oleh Puan Guru Besar, YDP PIBG, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Kelas, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Disiplin. Semoga perbincangan semasa aktivi Ziarah Cakna dapat diambil peduli oleh ibu bapa, guru-guru dan yang penting sekali ialah murid sendiri.
Bergambar kenangan bersama ibu dan murid terlibat |
Tuesday 19 September 2023
Kursus Asas Komunikasi & Kesedaran Kendiri 2023
Syukur, selesai sudah satu lagi komponen pemantapan dalam penilaian PRS Tahap Bongsu. Kursus ini telah dijalankan pada 19 September 2023 (Selasa). Pada tahun ini GBKSM sebagai guru penasihat PRS sendiri yang menyampaikan pembentangan mengenai kursus tersebut sebagai salah satu cara untuk lebih mendekati anak-anak PRS.
Umum mengetahui, asas komunikasi & kesedaran kendiri ini sinonim dengan PRS kerana berlatar belakangkan komunikasi yang baik dan kesedaran kendiri yang positif, pastinya akan melahirkan PRS yang hebat dan mantap dalam menjalankan tugas.
Sepanjang kursus ini dijalankan, tertarik dengan konsep kendiri yang positif oleh anak-anak PRS yang berlakon dan menyanyi secara sukarela di hadapan. Walaupun nampak simple tapi sangat memberi kesan kepada lahirnya konsep kendiri yang positif dalam diri PRS.
Semoga kursus ini mampu membantu anak-anak PRS dalam membantu diri dan rakan lain sesuai dengan tagline PRS bantu diri agar berupaya membantu orang lain.
Momen sepanjang program dijalankan (Sesi pagi)
Sesi pendaftaran |
Pendaftaran dibuat di Terminal Terabait |
Cikgu Arzah memulakan slot dengan tajuk Asas Komunikasi |
Cikgu Rozimah membantu sepanjang aktiviti dijalankan |
Cikgu Juli meneruskan dengan slot kedua iaitu Konsep Kendiri |
Video ditayangkan untuk kenalpasti tahap pemahaman peserta |
Well done Aqeef!! |
Spontan bercerita, jelas dan dia sangat faham apa yang dipelajari hari ini... Tahniah Irdina! |
Yusuf cuba menjawab soalan yang ditanya oleh cikgu |
Masih tekun mendengar sehingga tamat kursus😊 |
Momen sepanjang program dijalankan (Sesi petang)
Model yang diperlukan oleh cikgu Arzah untuk memberi kefahaman kepada peserta |
Tajuk yang disampaikan oleh Cikgu Rozimah menarik minat peserta untuk lebih memberi respon |
Khusyuk mendengar |
Serius, apa yang difikirkan agaknya ya?😉 |
Kemahiran mendengar yang baik |
Penuh keyakinan dan berani ini merupakan kendiri positif yang patut ada pada seorang PRS.. Tahniah Hayfa!
Tuesday 12 September 2023
Program Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) Tahun 2023
Tarikh: 12 September 2023
Hari: Selasa
Masa:
Sesi Pagi: 9.00 pagi - 12.50 tengah hari
Sesi Petang: 2.00 petang - 6.20 petang
Tempat: Terminal Muafakat SK Taman Putra Perdana
Sasaran: Ahli Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) dan murid-murid yang dipilih secara rawak
Anjuran bersama: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin, Jawatankuasa Unit HEM PPKI dan Kelab Pencegahan Jenayah
Penceramah Jemputan:
1) Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian, mantan YDP PIBG SKTPP
2) Tuan Kamalaffandi bin Hashim, Fasilitator dan Penganalisa Jenayah di Malaysia
3) Puan Norafiza binti Mohamed Noor, Kaunselor Berdaftar SMK TTDI Jaya
Pautan Buku Program: https://anyflip.com/bdxnv/zzph/
Monday 4 September 2023
Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam, Sapa) Bulan Ogos 2023
Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S diteruskan lagi pada hari ini bagi Bulan Ogos 2023. Murid-murid kerap diingatkan agar sentiasa melaksanakan amalan terbaik iaitu 3S (Senyum, Salam, Sapa). Tahniah diucapkan kepada para pemenang Anugerah Murid Contoh 3S bagi bulan Ogos 2023.
Berikut adalah senarai nama pemenang Anugerah Murid Contoh 3S bulan Ogos 2023: