Tuesday, 3 April 2018

Taklimat Pentaksiran Psikometrik Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) Tahun 6, 2018

Taklimat Pentaksiran Psikometrik Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Terminal Muafakat, SK Taman Putra Perdana. Semua murid Tahun 6 diwajibkan hadir. Berikut adalah butiran berkaitan taklimat tersebut:

Masa: 8.00 pagi hingga 9.00 pagi
Sasaran: Kumpulan 1
1. 6 Surgeri
2. 6 Ortopedik
3. 6 Hematologi
4. 6 Respiratori
5. 6 Kardiologi

Masa: 9.30 pagi hingga 10.30 pagi
Sasaran: Kumpulan 2
1. 6 Radiologi
2. 6 Pediatrik
3. 6 Patologi
4. 6 Anestesiologi
5. 6 Obstetrik


Taklimat kepada peserta kumpulan 1

Taklimat disampaikan oleh Pn Juli bt Mahbah






Ucapan dari Pn Zailezah bt Sardi, Penyelaras Tahun 6
 
Wajah-wajah peserta kumpulan 2


Wednesday, 14 March 2018

Taklimat Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Dan Program Kerjaya Sekolah-sekolah Daerah Sepang 2018

Tarikh: 14 Mac 2018
Hari:Rabu
Masa: 8.00 pagi
Sasaran: Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-sekolah Daerah Sepag
Tempat: Auditorium GMI, Bangunan Pentadbiran German Malaysian Institute, Jalan Ilmiah, Taman Universiti, Kajang, Selangor.
Anjuran: Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dengan kerjasama German-Malaysian Institute (GMI)
Objektif:
1. Memberi pendedahan berkaitan pelaksanaan pentaksiran psikometrik
2. Memberi pendedahan berkaitan program yang ditawarkan oleh pihak GMI
3. Membentangkan pelaksanaan program Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Peringkat Daerah Sepang yang telah dirancang oleh jawatankuasa.
Atur cara:
8.00 pagi : Pendaftaran dan sarapan
9.00 pagi : Taklimat GMI oleh Pn Maizul Alleyna Mohd Aini
9.30 pagi : Taklimat psikometrik oleh Pn Noraini bt Mustafa dan Pn Rose Diana
10.30 pagi : Taklimat PROMAJU-MAS oleh Pn Ezwati bt Adnan
11.00 pagi : Ucapan aluan Pengacara Majlis
11.05 pagi : Ucapan YDP MGKK Daerah Sepang
11.20 pagi : Ucapan perasmian
11.45 pagi : Mesyuarat Agung bermula
1.00 t/hari : Makan tengah hari

Berikut merupakan momen yang sempat dirakamkan semasa aktiviti tersebut berlangsung:



Antara barisan  Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Sepang (MGKKS)

Sesi Pembentangan Minit Mesyuarat Agung MGKKS Kali Ke-15








Friday, 23 February 2018

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hari ini Unit Guru Penyayang telah melaksanakan Sambutan Hari Lahir kepada murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari. 
  • Sambutan meraikan hari lahir murid-murid merupakan suatu program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini adalah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Semoga melalui program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan guru serta pihak pengurusan sekolah

Objektif:
  • Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.
  • Murid merasakan diri mereka lebih dihargai.
  • Murid merasakan diri mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus mereka akan lebih menyayangi sekolah.
Lagi laporan berkaitan Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari dalam blog SK Taman Purdana di sini.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis ini dilaksanakan:

Sambutan Hari Lahir Murid Sesi Pagi
Sambutan Hari Lahir Murid Sesi Petang
Seluruh warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan "Selamat menyambut hari lahir" kepada murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari. Semoga kalian dipanjangkan umur dan menjadi insan yang bersahsiah tinggi di samping memperoleh keputusan cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum.

Monday, 12 February 2018

Mesyuarat Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Unit Guru Penyayang Kali 1/2018

Mesyuarat jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling dan mesyuarat jawatankuasa Unit Guru Penyayang telah diadakan serentak pada 12 Februari 2018 bermula pukul 12.30 tengah hari. Mesyuarat ini telah diadakan di Terminal Muafakat, SK Taman Putra Perdana.

Mesyuarat dimulakan dengan kata alu-aluan Puan Rosmah binti Jamat, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Seterusnya pembentangan aktiviti Unit Bimbingan dan Kaunseling oleh Pn Juli binti Mahbah, manakala pembentangan aktiviti Unit Guru Penyayang oleh Pn Rozimah binti Yaakob.

Ribuan terima kasih kepada semua jawatankuasa yang hadir dan memberi idea-idea yang bernas untuk memantapkan lagi aktiviti yang dirancang dan aktiviti yang perlu diadakan demi kemenjadian semua murid. Turut hadir iaitu Pn Jumilah binti Ahmad, Penolong Kanan Petang.

Semoga segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin hasil kerjasama semua..










Thursday, 25 January 2018

Kursus Pemimpin Muda

Alhamdulillah syukur.. Hari ini tanggal 25hb Januari 2018 telah berlangsungnya Kursus Pemimpin Muda yang mengumpulkan semua pemimpin daripada SK Taman Putra Perdana. Seramai 229 orang pemimpin sesi pagi dan 131 orang  pemimpin sesi petang telah terlibat dalam kursus pada hari ini. Pemimpin-pemimpin ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Ujana Ilmu dan Ketua & Penolong ketua Kelas.

Sesi Pagi :
Pengawas Sekolah - 91 orang
Pengawas Ujana Ilmu - 71orang
Ketua & Penolong Ketua Kelas - 67 orang

Sesi Petang :

Pengawas Sekolah - 64 orang
Pengawas Ujana Ilmu - 17 orang
Ketua & Penolong Ketua Kelas - 50 orang

Objektif utama program :
  • Membimbing dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
  • Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
  • Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Mewujudkan semangat kepimpinan yang tinggi dan dapat mewujudkan satu kumpulan yang bijak memimpin serta asertif.
Dalam kursus ini penekanan kepada bidang tugas pemimpin dititikberatkan bagi melahirkan pemimpin yang berkualiti. Slot bidang tugas pemimpin telah disampaikan oleh JK Pengawas Sekolah, Pengawas Ujana Ilmu dan Penyelaras Tahun. Selain daripada itu, En Muhammad Mustaqim b Shaharudin daripada PVR Trainning Centre & Consultancy telah dijemput untuk menyempurnakan slot motivasi kepimpinan. Majlis Perasmian penutup pula telah disempurnakan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar, SKTPP).

Berikut paparan gambar sepanjang kursus dijalankan :

Sesi Pagi











Sesi Petang






....Semoga segala usaha ini diberkati dalam melahirkan pemimpin yang berkualiti....

Monday, 8 January 2018

Pelancaran Program Guru Penyayang 2018

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang 2018. Majlis yang berlangsung dalam dua sesi pagi dan petang, kelihatan meriah dan berjalan lancar. 

Majlis pada sesi pagi disempurnakan oleh Pn. Guru Besar, Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali manakala pada sesi petang telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwan Murid, Pn. Rosmah bt Jamat.

Objektif program:

q Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah;
q Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa; dan 
q Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

Untuk makluman, antara pengisian yang dirancang dalam Program Guru Penyayang sepanjang tahun 2018, adalah : 

q Mengalu-alukan kehadiran dan kepulangan murid;
q Mentor mentee; dan 
q Penghargaan murid (sambutan hari lahir)

Berikut adalah rakaman gambar sepanjang program berlangsung:



  • Sesi Pagi
Ucapan perasmian pelancaran Program Guru Penyayang 2018 oleh Guru Besar SKTPP



Simbolik perasmian dengan memotong kek



Sesi Petang

1. Pn. Nor Arzah Hussin mengacarakan majlis 
2. Ustaz Muhamad Saifoll Ngabiah memimpin bacaan doa
Ucapan perasmian pelancaran program oleh PK HEM, Pn. Rosmah Jamat


Guru penyayang

Murid-murid yang disayangi

Acara memotong reben bunting dan kek sebagai gimik pelancaran program. 

Suasana meriah selepas gimik pelancaran
  
Barisan guru, AJK Program Guru Penyayang 2018 (sesi petang)