FOKUS PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

FOKUS 1 : PEMBANGUNAN DAN PERKEMBANGAN SAHSIAH DIRI MURID


Fokus ini adalah untuk memupuk perkembangan personaliti kendiri murid daripada aspek berikut :
  a)       Sikap penyayang (kepedulian)
b)      Budi Bahasa
c)       Konsep kendiri
d)      Kepimpinan
e)      Komunikasi
f)        Kekemasan diri
g)       Ketetapan masa
h)      Motivasi diri
Outcome : Perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji

FOKUS 2 : PENINGKATAN DISIPLIN DIRI MURID

Fokus ini bertujuan untuk memupuk disiplin murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial yang lain.
Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan sejahtera

FOKUS 3 : PENGURUSAN KERJAYA MURID

Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah :
a)       Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.
b)      Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam Pelan Pembangunan dan Perkembangan Kerjaya mereka.
c)       Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus memasuki alam kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Outcome : Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa depan

FOKUS 4 : PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL MURID

Fokus ini bertujuan membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah :
a)       Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
b)      Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
c)       Membantu murid memperkembang pemikiran yang positif
      Outcome : Murid yang sihat pemikirannya

No comments:

Post a Comment