Program Dasar warga Emas Negara (DWEN)

Petang tadi telah berlangsung satu program khas untuk menghargai Warga Emas di Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong. Seramai 20 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SKTPP bersama Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan dan Guru-Guru Kaunseling telah menjayakan program ini. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk :- i. Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga tua dengan lebih dekat. ii. Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan dan dapat menggembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan. iii. Melatih PRS menggunakan teknik-teknik kaunseling apabila berhadapan dengan klien. Bersama ini dilampirkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program ini berlangsung.. Sesi Pendaftaran peserta di Bilik Bimbingan & Kaunseling sebelum bertolak Di hadapan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong Dimana-mana pun..Warg...