Posts

Showing posts with the label Minggu Kerjaya

Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kerjaya "Meneroka Kerjaya Pilihan" Tahun 2020 (Dalam Norma Baharu)

Image
 Alhamdulillah...syukur.. Selesai sudah Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kerjaya pada hari ini. Terima kasih kepada Nur Dania Alesya, PRS yang sangat berbakat dalam pengacaraan. Minggu Kerjaya ini yang berlangsung lebih kurang 2 minggu diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua murid SKTPP. Dengan bertemakan meneroka kerjaya pilihan diharapkan dapat mencapai objektif iaitu dapat memberi pendedahan kepada murid mengenai pelbagai jenis kerjaya masa kini dan pada masa akan datang. Di samping itu, melalui aktiviti yang dijalankan, murid dapat mempamerkan kerjaya yang diminati dalam pelbagai pertandingan yang diadakan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan.Terima kasih kepada semua yang terlibat dan tidak lupa kepada ibu bapa yang memberi dorongan semangat kepada anak-anak dalam mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh Unit B&K. Backdrop Atur cara majlis Nur Dania Alesya sebagai Pengacara Majlis Ucapan perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) Rakaman...

Evolusi Dunia Pekerjaan

Image
 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat anak-anak SKTPP😍 Hari ini adalah hari terakhir aktiviti Info Kerjaya di dalam program Minggu Kerjaya "Meneroka Kerjaya Pilihan". Walaubagaimanapun, anak-anak janganlah sedih....maklumat mengenai kerjaya akan sentiasa di update di dalam blog ini. Pada hari ini, cikgu ingin bawakan anak-anak gambaran baru untuk murid-murid sekolah rendah mengenali kerjaya yang sesuai dengan peredaran masa dan perubahan teknologi kini.  Teruskan meneroka ya anak-anak!!  Mari kita lihat evolusi dalam dunia pekerjaan hari ini...Semoga bermanfaat.

5 Peluang Pekerjaan Pada Tahun 2020-2025

Image
Peluang kerjaya akan berubah mengikut peredaran masa. Dengan berbekalkan teknologi yang serba canggih dan akan terus canggih, kebanyakan syarikat-syarikat akan mengurangkan bilangan pekerja demi untuk mengurangkan perbelanjaan, dan menggunakan mesin sebagai pengganti. Dengan kondisi begini, akan wujud juga beberapa peluang pekerjaan baru untuk dipilih oleh para graduan atau individu yang mencari kerja di luar sana. Keadaan ekonomi dan permintaan yang tinggi juga mempengaruhi peluang-peluang pekerjaan ini. Antaranya ialah: 👉 Arkitek Digital - mereka bentuk bangunan atau produk secara maya 👉 Pengawal Cuaca - mengurus dan mengubahsuai corak cuaca 👉 Medik Nano – mereka bentuk sistem diagnostik dan mencari penawar 👉 Buku ke aplikasi – menukar buku sedia ada kepada aplikasi interaktif 👉 Pereka bentuk produk kanak-kanak – mereka bentuk produk kanak-kanak dan bayi sesuai dengan pilihan ibubapa

Meneroka Kerjaya Pilihan : 10 Pekerjaan Yang Mendapat Permintaan Tinggi

Image
Landskap pekerjaan di Malaysia berubah dengan pesat. Malaysia bakal berubah menjadi sesebuah negara berpendapatan tinggi dan graduan berkebolehan tinggi adalah penting untuk menggerakkan ekonomi negara ke hadapan. Hari ini, mari kita tinjau-tinjau apa pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi abad ini. 

Kenali Jenis-Jenis Kerjaya

Image
Pekerjaan seperti guru, polis dan doktor amat sinonim dengan murid-murid sekolah rendah masa kini. Walaubagaimanapun, adakah mereka mengetahui apa tugas sebenar pekerjaan yang biasa mereka lihat itu. Di dalam video ini, ada dikupaskan beberapa kerjaya dan bidang tugasnya. Mari kita tonton bersama-sama. Cikgu harap semua murid terutamanya Tahap 1 boleh mengetahui serba sedikit tentang latar belakang dan bidang tugas beberapa kerjaya seperti dinyatakan di dalam video tersebut. Suka untuk cikgu mengajak kamu semua untuk bersama-sama menjawab kuiz yang cikgu sediakan di bawah ini... Selamat Mencuba!! Kuiz Kerjaya

Minggu Kerjaya "Meneroka Kerjaya Pilihan" 2020

Image
  Salam PKPB.... Didoakan semoga seluruh warga SKTPP kekal sihat di samping keluarga tersayang. Unit Bimbingan & Kaunseling akan menganjurkan Minggu Kerjaya bermula 23hb November - 9 Disember 2020. Sasaran adalah semua murid Tahun 1-6. Program ini bertujuan mendedahkan murid dengan maklumat kerjaya sebagai persediaan awal sebelum menempuh alam pekerjaan kelak. Ia juga secara tidak langsung dapat memberi motivasi kepada murid untuk terus berusaha mencapai cita-citanya. Semoga dengan adanya program ini dapat menambah lagi pengetahuan murid-murid berkaitan kerjaya yang akan mereka tempuhi pada masa akan datang. Berikut aktiviti yang dirancang sepanjang Minggu Kerjaya ini: 1. Info Kerjaya disebarkan di medium FB UBK, Blog Bimbingan & Kaunseling & GC "Guru Bimbingan Anda" (23 Nov - 8 Dis 2020) 2. Pertandingan Kerjaya (25 Nov - 7 Dis 2020) Mencipta Infografik Kerjaya (Terbuka Tahap 2) Video Bicara Kerjaya-Kerjaya Impian (Tahun 5&6) Nyanyian Kreatif (Tahun 4) Kamus M...