Posts

Showing posts with the label PPS

Merdekakan Diri Anda!!

Image
Salam merdeka daripada Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP!! Assalamualaikum dan salam merdeka untuk murid-murid   SKTPP. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Sempena sambutan kemerdekaan ke-64 tahun, cikgu ingin mengambil peluang untuk memberi info tentang merdekakan diri…... Kadang-kadang kita hanya menyebutnya, tetapi adakah kita menghayati sepenuhnya tentang kemerdekaan ini? Untuk itu, hari ini cikgu akan berbicara tentang MERDEKAKAN DIRI! Cikgu cuba rangkumkan apa yang dikatakan dengan merdekakan diri di dalam poster di bawah. Sebelum kita merdekakan diri, kita terlebih dahulu perlu: 1. πŸ’“ Mengenali diri sendiri . Semak sikap, tingkahlaku dan amalan harian. Semak juga bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, keluarga dan orang sekeliling. Bagaimana pula dengan tanggungjawab diri? Sekiranya tidak sempurna, jangan kecewa tetapi bangun dan terus perbaiki. 2. πŸ’ͺ Tingkatkan kelebihan dan perbaiki kelemahan . Semak diri sendiri a...

Jom Kongsi: Tips Seronoknya PdPR

Image
Assalamualaikum....... Selamat pagi untuk anak-anak SKTPP. Sebelum cikgu mulakan perkongsian hari ini, jom lihat video yang akan memberi semangat untuk kamu teruskan perjalanan dalam menuntut ilmu seterusnya berjaya dalam hidup. Macam mana? Dapat rasa aura baru tak dalam diri? Kalau ya, bagus dan tahniahπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘ Jika belum, teruskan berusaha untuk dapatkan aura yang positif tersebut.  Rata-rata bila ditanya tentang seronok tak belajar di rumah? Ramai yang menyatakan tidak seronok sebab tak dapat jumpa kawan, tak dapat bermain bersama-sama juga tak dapat jumpa cikgu. Semua jawapan berkisar kepada "tak dapat". Dalam keadaan yang masih merunsingkan ini, sepatutnya kita fikir apa yang kita masih dapat. Berbeza dengan negara-negara luar yang berperang dan tiada kemudahan pendidikan, sebagai anak Malaysia kita sebenarnya jauh lebih beruntung daripada mereka. Masih boleh belajar dengan selesa dan hidup dengan aman! Gunakanlah peluang yang ada dengan mencipta sendiri keseronokan bela...

Jom Kongsi : Panduan Menghadapi Konflik Kerja Rumah Vs PdPR

Image
Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua murid-murid SKTPP. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu murid-murid yang dirindui.  Jangan lupa jaga kesihatan dan kebersihan diri ya.. Semoga kita bertemu lagi. Sila klik pautan ini untuk mendapatkan video panduan menghadapi konflik kerja rumah Vs PdPR #kitajagakita #staysafe #staysafe #kiaskukenaldiriku2021