Kursus Asas Kemahiran Komunikasi Sahabat PPDa & Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2018

Unit Bimbingan & Kauseling, Unit PPDa dan Unit PSS SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Kursus Asas Kemahiran Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya pada: Tarikh / Hari : 18 Julai 2018 (Rabu) Masa : 2.00 - 4.00 petang Tempat : Terminal Muafakat SKTPP Sasaran : Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya tahun 3, 4 dan 5 Objektif : 1. Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah. 2. Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. 3. Meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan. 4. Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid. Kursus asas ini telah berjalan dengan lancar sekali. Kursus yang berfokuskan kepada asas komunikasi ini mampu memberi anjakan yang lebih cemerlang kepada semua Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya. Tuan penceramah telah membina keyakinan diri kepada Sahabat PPDa dengan menyampaikan tips komunikasi berkesan serta tatacara ketermpilan dan adab yang...