Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Sesi Pagi & Petang (Bulan September, Oktober, November & Disember) 2018
Alhamdulillah, selesai tugas untuk tahun ini dalam melaksanakan aktiviti penghargaan murid iaitu Sambutan Hari Lahir Murid 2018. Terima kasih kepada semua JK Unit Guru Penyayang kerana telah menjalankan tugas yang diamanahkan ini dengan baik. Terima kasih juga kepada pihak sekolah dalam menyediakan hadiah untuk semua murid SKTPP. Untuk murid-murid semua bacalah ucapan yang ditujukan khas untuk anak-anak didik SKTPP. .....Tiada kad yang lebih berharga di hari ulang tahun selain doa kami untuk kalian..... Semoga fikiran kalian semakin luas dan cerdas Semoga hati kalian semakin bersih dan bijak Semoga akhlak kalian semakin menawan dalam kebajikan Semoga ilmu yang kalian terima dapat dimanfaatkan Semoga diri dan hidup kalian kekal bahagia, sejahtera & sentiasa mendapat redha dariNya Majlis pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Puan Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) manakala sesi petang disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad (Penolong K...