Posts

Showing posts from January, 2019

Progran Ziarah Cakna Siri 1

Image
Susulan hasrat Y.B Menteri Pendidikan supaya sekolah memperkukuhkan nilai murni di sekolah melalui pembudayaan amalan penyayang, hormat-menghormati, keseronokan dan bertanggungjawab maka lahirlah pelaksanaan Program Ziarah Cakna dengan memperkukuhkan konsep sekolah penyayang bagi menangani  mutual distrust  seperti dipraktik oleh negara Jepun dengan memperkukuhkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga. Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi kemenjadian diri murid bersama-sama ibu bapa dan penjaga di samping memahami latar belakang keluarga murid. Manakala tujuan utama ianya dilaksanakan bagi memperluaskan amalan penyayang dengan membudayakan amalan ziarah ke rumah murid. Hari ini pihak sekolah diwakili Guru Besar, PK HEM, Guru Kaunseling dan guru kelas  berkesempatan meluangkan masa ke rumah murid di Apartmen Anggerik. Semoga ziarah ini mampu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dan juga ibu bapa murid.  Terima kasih juga ke...

Program Semarak Sahsiah (Tahun 2 & 3)

Image
Program Semarak Sahsiah merupakan satu program yang tercetus oleh rasa kasih sayang terhadap anak-anak didik yang masih dahaga akan pujukan dan nasihat para guru. Kolaborasi antara Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Disiplin & Panitia Agama Islam diharapkan mampu mencapai objektif utama iaitu mengurangkan bilangan murid yang tidak menghormati guru dan yang tidak berperaturan. Program ini akan diadakan sebanyak 3 fasa mengikut perancangan tahun ini. Diharapkan ingatan demi ingatan, nasihat demi nasihat, pujukan demi pujukan oleh guru mampu memberi kesan kepada murid-murid dalam menyemai sikap menghormati guru dan beradab sopan. Berikut paparan sepanjang program dijalankan : Pn Nik Rosmaliza sebagai Pengerusi Majlis dalam slot pertama ceramah Tahun 3 Bacaan doa oleh Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah Murid-murid menadah tangan memohon keberkatan daripada Allah S WT Penceramah hari ini En Samri bin Othman Murid Tahun 3 memberi sepenuh perhatian ...

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Image
Majlis penyerahan watikah pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan pada 24 Januari 2019 di Dataran Perhimpunan.    Perkhidmatan PRS berperanan membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.    PRS menjadi penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling di samping sebagai salah satu sumber rakan untuk mendapatkan bantuan. Berikut adalah paparan gambar-gambar sepanjang majlis.. Ucapan Guru Besar Penyerahan watikah pelantikan Disediakan oleh : Pn. Visva Vilasini Goppal

Program Maju Diri (PMD) & Semarak Sahsiah

Image
Wow.... Alhamdulillah selesai sudah satu program oleh Unit Bimbingan & Kaunseling. Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid Tahap 2 di semua sekolah di Negeri Selangor. PMD dijalankan dengan tujuan mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama. Di samping itu program ini juga bertujuan untuk : Meningkatkan minat murid-murid untuk belajar Membentuk matlamat hadir ke sekolah Menimbulkan kejelekitan sesama rakan sekelas Memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan diri Memberi pengetahuan dalam merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah Murid belajar menghargai insan yang signifikan dalam hidup mereka terutamanya guru Manakala, program Semarak Sahsiah ini diselitkan dengan satu slot taklimat disiplin sebagai satu ing...