Wujudkan Pemikiran Positif Dalam Diri

Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam Ceria buat semua murid-murid & warga SKTPP Semoga semuanya sihat2 dan ceria2 bersama keluarga tercintašššš Alhamdulillah , dah masuk hari ke-7 kita menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Walaupun kita sedang melalui PKP dan berperang dengan wabak Covid-19, bukan penyebab untuk kita merasa hambar dan sedih untuk melalui Ramadhan kali ini malah kita patut merasa bertuah kerana berpeluang bersama ahli keluarga dalam tempoh masa yang lama dan boleh melakukan banyak aktiviti yang tidak dapat kita lakukan sebelum ini bersama keluarga. Mewujudkan rasa syukur dalam diri dan sentiasa mewujudkan pemikiran yang positif dapat membantu kita menjalani PKP dan ibadah di bulan Ramadhan ini dengan lebih baik. Matlamat kita untuk menjadi positif tidak perlu diakhiri dengan mencapai kesempurnaan dalam setiap keadaan, tetapi sentiasalah berusaha kearah menjadi lebih positif, kerana ia membawa kepada ...