Sesi Pembentangan Pra-Projek Bengkel PRS@SSC Tier 1 Tahun 2020 Peringkat Negeri Selangor (Kumpulan BGS107 - Permata Minda)

Kumpulan: BGS107 - Permata Minda Tajuk: Guru Pendidikan Seni Visual Tarikh: 13 Ogos 2020 Hari: Khamis Masa: 8.00 malam Platform: Google Meet Alhamdulillah, sesi pembentangan pra-projek oleh enam orang peserta telah selesai. Semua peserta terdiri dari gabungan dua buah sekolah iaitu empat orang dari SK Taman Putra Perdana dan dua orang lagi dari SK Kg Jawa 2. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, Cikgu Muhammad Hasnan bin Mohd Salim, guru penilai iaitu Cikgu Hafiza dan Cikgu Norhaiza binti Che Mat. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat terutamanya ibu bapa peserta dan guru-guru SK Taman Putra Perdana & SK Kg Jawa 2. Walaupun tidak pernah bersua muka, hanya bertemu di alam maya n amun kesemua peserta ini dapat memberikan kerjasama yang sangat baik. Syabas diucapkan.. Teruskan perjuangan menghasilkan projek berkumpulan ini dengan penuh semangat.