Yellow Challenge Sebagai Tanda Sokongan Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2020

" Let's Talk Minda Sihat" -Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Cegah Bunuh Diri - Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak tumpuan diberikan kepada kesihatan mental. Selaras dengan kemajuan negara kita yang kini berkembang, masalah kesihatan mental telah menjadi semakin bertambah dan terdapat peningkatan dari tahun ke tahun. Didapati, peningkatan yang ketara dalam kadar bunuh diri dan penyakit mental sejak sedekad lalu berpunca daripada tahap kesihatan mental yang lemah. Oleh itu, adalah penting untuk rakyat Malaysia menyedari tentang pentingnya kesedaran terhadap penyakit mental. Jom kita lihat apa yang ditakrifkan dengan kesihatan mental. Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif, dapat belajar dengan aman dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Menyedari kepentingan itu, SKTPP menyahut cabaran Yellow Challenge dengan bersama-sa...