Posts

Showing posts from September, 2022

Aktiviti PRS : Cakna Hadir

Image
Keprihatinan Pembimbing Rakan Sebaya dalam membantu rakan-rakan untuk seronok hadir ke sekolah dizahirkan melalui aktiviti menyambut kehadiran murid. Kehadiran barisan PRS menunggu di pintu pagar dengan cenderamata yang menarik diharapkan dapat memberi kesan kepada murid-murid lain agar seronok untuk hadir ke sekolah. Sapaan yang lembut penuh dengan senyuman menunjukkan karisma seorang PRS. Tahniah cikgu ucapkan.  Berikut rangkuman gambar bagi aktiviti Cakna Hadir bulan Julai-September

Majlis Pelancaran Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak

Image
Majlis Pelancaran Kempen Membanteras Jenayah Seksual Dalam Talian Terhadap Kanak-kanak merupakan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Majlis ini telah dilaksanakan pada musim cuti persekolahan iaitu 4 September 2022 (Ahad), bertempat di IOI City Mall, Putrajaya. Majlis yang meriah ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.  Program ini mensasarkan kehadiran seramai 1000 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta komuniti setempat. Alhamdulillah, SK Taman Putra Perdana (SKTPP) telah menjadi pilihan dalam jemputan ini. Seramai 30 orang murid dan 4 orang guru pengiring SKTPP dapat menyertai majlis yang meriah ini secara percuma termasuk pengangkutan iaitu bas telah disediakan oleh JKM.  Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program berlangsung seperti pameran agensi, ceramah interaktif, perkongsian maklumat, cabutan bertuah, edaran p...