Thursday 3 November 2022

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

 

Program MEKAR iaitu Program Melangkah Ke Alam Remaja merupakan program yang dijalankan setiap tahun kepada murid-murid Tahun 6. Program MEKAR telah dilaksanakan dengan jayanya pada ketetapan berikut:


Tarikh: 3 November 2022
Hari: Khamis
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Perdana, Terminal Muafakat, Raudatul Ilmi dan Terminal Terabait SK Taman Putra Perdana
Sasaran : Semua murid Tahun 6 dan Calon Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu
Anjuran:
1. Unit Bimbingan dan Kaunseling
2. Panitia Pendidikan Agama Islam
3. Panitia Pendidikan Moral
4. JK Tahun 6

Objektif: 
Berpaksikan "Sekolahku SEJAHTERA" yang memberi penekanan kepada elemen selamat, sihat dan jati diri adalah seperti berikut: 
1. Membolehkan murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan dengan situasi perubahan sebelum dan selepas aqil baligh. 
2. Membantu murid memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi perubahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial.
3. Berupaya menjaga kesihatan dan kebersihan diri dengan sempurna selaras dengan elemen sihat. 

Senarai Nama Personalia:
1. Puan Nor Arzah binti Hussin, Guru Bimbingan dan Kaunseling
2) Ustazah Umi Nazrah binti Saharoni, Guru Bahasa Arab
3) Ustaz Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib, Guru Pendidikan Agama Islam
4) Puan Siti Rabiaah binti Mohammad, Guru Pendidikan Moral

Buku Program: 
Sila klik link berikut: https://anyflip.com/bungw/ivum/

Slide ceramah:
Sila klik link berikut: https://anyflip.com/bungw/mepv/

Gambar sekitar Program MEKAR:

Ceramah Persediaan Awal Remaja disampaikan oleh Pn Nor Arzah binti Hussin

Bakal melangkah ke alam remaja

Para peserta memberi tumpuan kepada ceramah yang disampaikan

Ceramah AQBAL-Aqil Baligh kepada peserta perempuan disampaikan oleh Ustazah Umi Nazrah binti Saharoni



Aktiviti Moral oleh Pn Siti Rabiaah binti Mohammad

Ceramah AQBAL-Aqil Baligh kepada peserta lelaki disampaikan oleh Ustaz Ahmad Zubair bin Jh Muhamad Taib


Penyampaian cenderamata kepada Pn Nor Arzah
 
Penyampaian cenderamata kepada Pn Siti Rabiaah binti Mohammad

Penyampaian cenderamata kepada Ustazah Umi Nazrah

Penyampaian cenderamata kepada Ustaz Ahmad Zubair

No comments:

Post a Comment