Program Alam Menengah Tahun 2023

Pada penghujung bulan Januari Tahun 2023, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Guru Tahun 6 telah menganjurkan satu program khas buat semua murid Tahun 6 iaitu Program Alam Menengah. Proram Alam Menengah ini telah bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana. Para peserta sangat bertuah kerana didatangi dua orang penceramah yang pakar dalam memberikan ceramah 'Alam Menengah' iaitu Puan Hasliza Hassan dan Puan Siti Juliana Mohamed. Kedua-dua orang penceramah ini merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling dari SMK Putra Perdana. Maklumat berkaitan program: Tarikh: 31 Januari 2023 Hari: Selasa Masa : 7.45 pagi hingga 10.00 pagi Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana Sasaran: Semua murid Tahun 6 berjumlah 309 orang Objektif program: 1. Membolehkan murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan situasi sekolah menengah. 2. Memberi motivasi dan inspi...