Posts

Showing posts from 2025

PROGRAM GURU PENYAYANG : Sambutan Hari Raya Aidilfiti 2025

Image
Salam Aidilfitri.. Setiap kali menjelang Syawal, semangat hari raya turut terasa di sekolah. Suasana ceria dan meriah menyelubungi warga sekolah apabila sambutan aidilfitri diadakan bersama guru-guru, murid-murid dan AJK PIBG. Sambutan ini bukan sekadar meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi turut menjadi ruang mempererat silaturrahim, menggalakkan sikap hormat-menghormati serta memupuk nilai kasih sayang dan tolong-menolong dalam kalangan komuniti sekolah. Dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jamuan raya dan persembahan murid Sambutan Hari Raya tahun ini menjadi kenangan manis buat semua. Buku Program Sekitar perjalanan aktiviti Sambutan Hari Raya Aidilfitri sesi pagi dan petang. Terima kasih kepada En Ali Shakran bin Ab Rahman (YDP PIBG) turut bersama-sama menyantuni anak-anak SKTPP. lagi persembahan boleh ditonton di sini link 1  dan link 2 Semoga sambutan sebegini memberi seribu makna buat murid-murid SKTPP. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kep...

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) TAHUN 2025

Image
Pemerkasaan Pentaksiran Psikometrik yang bermula pada Kalender Akademik 2025/2026 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun 4,5 & 6 (termasuk MBPK). PPsi merupakan salah satu daripada kompenan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah. Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi personaliti, bakat dan kecenderungan seseorang murid. Selain itu PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenalpasti tret yang boleh diperkembangkan melalui aktiviti pembelajaran dalam bilik atau luar bilik darjah. Ini adalah selaras dengan hala tuju KPM untuk memastikan sahsiah kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan. Berikut jadual pelaksanaan PPsi SK Taman Putra Perdana Tahun 2025 Laporan bergambar sepanjang PPsi Tahun 5 dilaksanakan : Taklimat ringkas PPsi kepada semua murid Tahun 5 pada 11 April 2025 Murid sedang menjalani Pentaksiran Psikometrik di kelas

Aktiviti Guru Penyayang : Menyambut Kehadiran Murid Bulan November & Disember 2024 dan Januari 2025

Image
Bulan terakhir, AJK Guru Penyayang bersama guru bertugas masih kekal di pintu pagar menyambut kehadiran murid sesi pagi dan petang. Sapa dan senyum berbalas-balas antara murid dan guru. Amalan 3S kini lekat di hati murid-murid SKTPP. Berikut, gambar kenangan sepanjang 3 bulan terakhir sesi 2024/25                                                        ..........Selamat Bercuti.......
Image
  Kejohanan Bola Sepak PPDa  Peringkat Daerah Sepang Tahun 2024   Pada 2 Januari 2025, telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak PPDa Peringkat Daerah Sepang melibatkan penyertaan 8 buah sekolah iaitu SK Taman Putra Perdana, SK Taman Putra Perdana 2, SK Taman Seroja, SK Pulau Meranti. SK Desa Pinggiran Putra, SK Bandar Baru Salak Tinggi, SK Salak dan SK Sungai Merab Luar.  K ejohanan Bola Sepak  ini  merupakan program yang dianjurkan bersama oleh  Kelab Bola Sepak Unit Kokurikulum,  Unit PPDa  SK Taman Putra Perdana dan ZH Soccer Star dengan kerjasama PPD Sepang.  Kejohanan ini dapat memberikan peluang kepada setiap pasukan untuk merancang strategi bagi memperoleh sesuatu kejayaan.  Selain itu, murid-murid  yang berbakat dalam bidang sukan khasnya sukan bola sepak akan dapat menonjolkan bakat mereka dalam kejohanan ini.  Antara Objektif program yang telah ditetapkan adalah  Mengeratkan perpaduan dan hu...

Majlis Peluncuran Gerakan Kepimpinan Madani : Hentikan salah Laku Buli & Seksual

Image
  Hari ini telah berlangsung Majlis Peluncuran Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah laku Buli & Seksual bertempat di Dewan Perdana, SKTPP semasa majlis perhimpunan rasmi sekolah. Matlamat program ini didakan adalah untuk menghapuskan budaya buli dan jenayah seksual dalam kalangan murid di semua peringkat sekolah serta menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat, harmoni, dan bebas daripada ancaman buli dan jenayah seksual. Dengan adanya program-program ini secara berterusan, diharapkan ianya mampu menanam nilai kasih sayang dan sikap saling menghormati dalam kalangan warga sekolah demi mencapai kesejahteraan dan keharmonian bersama. Antara Objektif program ini diadakan adalah untuk : * Memastikan Pengurusan Tertinggi KPM mendekati dan menyantuni sekolah-sekolah dalam usaha menghapuskan budaya buli dan jenayah seksual di sekolah. * Mempromosikan aktiviti yang meningkatkan keprihatinan dan kesedaran terhadap isu salah laku buli dan seksual di sekolah. * Menggalakkan tinda...