Posts

Showing posts from April, 2025

PROGRAM GURU PENYAYANG : Sambutan Hari Raya Aidilfiti 2025

Image
Salam Aidilfitri.. Setiap kali menjelang Syawal, semangat hari raya turut terasa di sekolah. Suasana ceria dan meriah menyelubungi warga sekolah apabila sambutan aidilfitri diadakan bersama guru-guru, murid-murid dan AJK PIBG. Sambutan ini bukan sekadar meraikan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi turut menjadi ruang mempererat silaturrahim, menggalakkan sikap hormat-menghormati serta memupuk nilai kasih sayang dan tolong-menolong dalam kalangan komuniti sekolah. Dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jamuan raya dan persembahan murid Sambutan Hari Raya tahun ini menjadi kenangan manis buat semua. Buku Program Sekitar perjalanan aktiviti Sambutan Hari Raya Aidilfitri sesi pagi dan petang. Terima kasih kepada En Ali Shakran bin Ab Rahman (YDP PIBG) turut bersama-sama menyantuni anak-anak SKTPP. lagi persembahan boleh ditonton di sini link 1  dan link 2 Semoga sambutan sebegini memberi seribu makna buat murid-murid SKTPP. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kep...

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) TAHUN 2025

Image
Pemerkasaan Pentaksiran Psikometrik yang bermula pada Kalender Akademik 2025/2026 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun 4,5 & 6 (termasuk MBPK). PPsi merupakan salah satu daripada kompenan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah. Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi personaliti, bakat dan kecenderungan seseorang murid. Selain itu PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenalpasti tret yang boleh diperkembangkan melalui aktiviti pembelajaran dalam bilik atau luar bilik darjah. Ini adalah selaras dengan hala tuju KPM untuk memastikan sahsiah kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan. Berikut jadual pelaksanaan PPsi SK Taman Putra Perdana Tahun 2025 Laporan bergambar sepanjang PPsi Tahun 5 dilaksanakan : Taklimat ringkas PPsi kepada semua murid Tahun 5 pada 11 April 2025 Murid sedang menjalani Pentaksiran Psikometrik di kelas