Hasil kerjasama guru-guru dan staf, Bilik BnK disusun atur agar lebih ceria dan bernafas baharu. Semoga anak-anak lebih bersemangat untuk menjalani aktiviti di sini...
Program MEKAR iaitu Program Melangkah Ke Alam Remaja merupakan program yang dijalankan setiap tahun kepada murid-murid Tahun 6. Program MEKAR telah dilaksanakan dengan jayanya pada ketetapan berikut: Tarikh: 3 November 2022 Hari: Khamis Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat: Dewan Perdana, Terminal Muafakat, Raudatul Ilmi dan Terminal Terabait SK Taman Putra Perdana Sasaran : Semua murid Tahun 6 dan Calon Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu Anjuran: 1. Unit Bimbingan dan Kaunseling 2. Panitia Pendidikan Agama Islam 3. Panitia Pendidikan Moral 4. JK Tahun 6 Objektif: Berpaksikan "Sekolahku SEJAHTERA" yang memberi penekanan kepada elemen selamat, sihat dan jati diri adalah seperti berikut: 1. Membolehkan murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan dengan situasi perubahan sebelum dan selepas aqil baligh. 2. Membantu murid memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi perubahan dari segi fizi...
Pemerkasaan Pentaksiran Psikometrik yang bermula pada Kalender Akademik 2025/2026 perlu ditadbir oleh pihak sekolah kepada semua murid Tahun 4,5 & 6 (termasuk MBPK). PPsi merupakan salah satu daripada kompenan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah. Objektif pelaksanaan PPsi adalah untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi personaliti, bakat dan kecenderungan seseorang murid. Selain itu PPsi juga digunakan sebagai alat untuk mengenalpasti tret yang boleh diperkembangkan melalui aktiviti pembelajaran dalam bilik atau luar bilik darjah. Ini adalah selaras dengan hala tuju KPM untuk memastikan sahsiah kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan. Berikut jadual pelaksanaan PPsi SK Taman Putra Perdana Tahun 2025 Laporan bergambar sepanjang PPsi Tahun 5 dilaksanakan : Taklimat ringkas PPsi kepada semua murid Tahun 5 pada 11 April 2025 ...
Pada hari ini, semua Guru Bimbingan dan Kaunseling, semua murid Tahun 5, murid Tahun 6 serta ibu bapa telah dijemput menyertai Program Intervensi Minda Sihat Sekolah Rendah PPD Sepang yang dilaksanakan di platform Youtube Live. Program ini merupakan satu pendekatan yang dilaksanakan bagi membantu perkembangan murid dengan lebih aktif dan sihat dari segi mental, fizikal, sahsiah dan minda. Maklumat program seperti butiran berikut: Tarikh : 14 Januari 2023 Hari : Sabtu Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi Platform, Youtube Live : https://youtu.be/LoDpEx5npbE Objektif: 1) Murid dapat membantu dan mengawal emosi yang dihadapi 2) Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi yang dibimbing sebagai panduan yang boleh mensejahterakan mental dan emosi 3) Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan masing-masing. Buku Program : https://anyflip.com/zqoml/bklv/ Slaid Taklimat Program Minda Sihat :...
Comments
Post a Comment