Friday 29 September 2017

Program Anugerah dan Bicara Tokoh Dasar Warga Emas Negara (DWEN) Peringkat Daerah Sepang 2017


Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Sepang telah menganjurkan Program Bicara Tokoh Dasar Warga Emas Negara (DWEN) Peringkat Daerah Sepang 2017 bertempat di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sungai Pelek, Sepang.
Tokoh jemputan ialah Tan Sri Datin Seri Hajah Zaleha Binti Ismail.

Biodata Tokoh Warga Emas:
YBhg Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Binti Ismail antara nama pemimpin wanita di tanah air. Beliau menjawat jawatan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 1995 hingga 1999.

Beliau kelahiran Kuala Langat Selangor. Bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Pelek dan Universiti Malaya - Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) pada tahun 1961.

Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail juga Naib Presiden MUBARAK, Majlis Bekas Anggota Parlimen Malaysia dan Presiden Majlis Malaysia untuk Kebajikan, Presiden Gabungan ASEAN Pertubuhan Wanita dan Presiden Kebangsaan Pertubuhan Wanita. Beliau juga adalah tokoh yang berpengaruh serantau dan antarabangsa kerana telah dipilih sebagai Presiden Pertubuhan Wanita (ACWO) pada tahun 1986 hingga 1988 dan 1998 hingga 2000.

Beliau juga adalah Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Pada masa ini beliau merupakan Pengerusi GLOBAL Peace Festival Malaysia dan Spark Capital Development Berhad.

Pada tahun 1968 menjadi ahli biasa UMNO dan akhirnya Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Beliau terlibat dalam politik selama 30 tahun. Beliau mula bertanding pada Pilihanraya Umum Malaysia 1978 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Selangor. Beliau terus menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan 1987-1995 semasa menjadi seorang Ahli Parlimen (Seat Gombak). Puncak kerjayanya semasa menerajui Kementerian Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat dari tahun 1995 hingga 1999.

Lagi laporan berkaitan Program Bicara Tokoh DWEN dalam blog SK Taman Putra Perdana di sini.

No comments:

Post a Comment