Berdasarkan surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM (Ruj.kami: KPM.600-14/1/60/JLD.10) bertarikh 23 Januari 2019, semua murid Tahun Enam, Tingkatan Satu, Tingkatan Tiga, Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima perlu menjalani Pentaksiran Psikometrik. SK Taman Putra Perdana telah memilih tarikh pada hari ini untuk melaksanakan PPsi.
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang perlu dilaksanakan di semua sekolah. Objektif pelaksanaan PPsi adalah mengenal pasti kebolehan semulajadi murid, personaliti, bakat dan kecenderungan murid. Selain itu PPsi juga digunakan untuk mengenal tret yang boleh diperkembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah. Ini adalah selaras dengan hasrat YB.Dr.Mazlee bin Malik menteri Pendidikan Malaysia dalam menentukan hala tuju KPM pada era baharu ini untuk memastikan sahsiah dan kemenjadian murid secara holistik dapat diketengahkan.
|
Semua murid Tahun Enam menjalani PPsi |
|
Murid bersungguh-sungguh menjawab soalan |
Lagi laporan berkaitan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam blog SK Taman Putra Perdana
di sini
Comments
Post a Comment