Program Ziarah Cakna Siri 8
Ziarah Cakna diteruskan pada bulan ini dengan menziarahi keluarga murid di Pangsapuri Anggerik. Semakin bersemangat murid untuk ke sekolah apabila dilawati oleh Guru Besar, YDP PIBG, Guru Bimbingan & Kaunseling dan guru kelasnya, Pn Nik Kamisah.
Gambar yang dirakam semasa menziarahi keluarga murid ini
Kembali bersemangat untuk ke sekolah...alhamdulillah Murid gembira........guru senang hati |
Selesai di Pangsapuri Anggerik kami ke Pangsapuri Siantan untuk menziarahi keluarga Nurul Ain bt Abd Halim (5 Kuprum) yang baru sahaja kehilangan ibunya petang semalam akibat kanser payudara. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Nurul Ain dan semoga beliau tabah menghadapinya.
Comments
Post a Comment