Ziarah Cakna kali ini ke rumah murid di Pangsapuri Dahlia. Murid ini merupakan anak yatim yang telah kehilangan ayah pada tahun lepas. Semoga dipermudahkan urusan keluarga ini. Keprihatinan pihak sekolah diharapkan memberi semangat baru kepada keluarga ini dalam meneruskan kehidupan.
Terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG SK Taman Putra Perdana yang sentiasa turun padang dan tidak pernah terkecuali dalam program-program sekolah yang lain. Harapan kami semoga anak-anak yatim ini rajin datang ke sekolah dan berjaya mengubah hidup keluarga mereka pada masa akan datang.
Gambar yang dirakam semasa program dijalankan :
|
Bersama dalam program hari ini, dari kiri, Pn Hajah Rohaidah, Pn Rosmah, Pn Rozimah & Pn Juli |
|
Tn Hj Khairul Azhar (YDP PIBG) banyak membantu keluarga ini bersama dengan komuniti Putra Perdana |
|
Pn Nurliza (Guru Kelas) yang sangat mengambil berat tentang permasalahan muridnya |
|
Sumbangan daripada pihak sekolah kepada keluarga ini. Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka
|
Comments
Post a Comment