Program Ziarah Cakna Siri 12
Siri terakhir Program Ziarah Cakna tahun 2019 ialah ke Pangsapuri Alpha Arena iaitu ke rumah murid, Nur Syafiqah Farhanah bt Abd Rashid dari kelas 6 Bonang.
Nur Syafiqah merupakan cahaya mata kepada pasangan En Abd Rashid dan Pn Hasni. Adik Syafiqah telah disahkan mengalami masalah buah pinggang. Keprihatinan daripada pihak sekolah, diharapkan sedikit sebanyak memberi semangat kepada keluarga En Abd Rashid dalam menempuh ujian ini.
Turut hadir pada hari ini ialah Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar), Pn Azizah bt Mokhlas (PK Pentadbiran),Pn Nurliza bt Ali (Guru Kelas), Pn Zailezah bt Sardi (Penyelaras Tahun 6), Tn Hj Tarmiji bin Sabali (Guru Tahun 6) serta YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar.
Sekalung terima kasih kepada Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG) atas keprihatinannya yang tidak pernah ketinggalan dalam setiap Ziarah Cakna yang diadakan sepanjang tahun ini.
Gambar-gambar sepanjang ziarah dijalankan.
Bilik tempat adik Syafiqah membuat dialisis
Sedikit sumbangan untuk keluarga ini...Semoga sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka
Comments
Post a Comment