Pertandingan Madah Intelek PRS tahun 5/2020

 Pagi tadi telah berlangsung buat pertama kalinya Pertandingan Madah Intelek PRS Tahun 5 secara atas talian menggunakan medium Google Meet. Program anjuran bersama Unit Bimbingan & Kauseling dan Pusat Sumber Sekolah ini bermatlamat untuk melahirkan barisan PRS yang berkarisma dan mempunyai ketokohan  diperingkat sekolah rendah. Melalui pertandingan seperti ini, diharapkan agar PRS berupaya dan mahir dalam pengucapan awam dengan bersandarkan ilmu pengetahuan yang luas serta berani berdepan dengan khalayak ramai.

Sasaran peserta pertandingan ini adalah dikalangan PRS Tahun 5 seramai 17 orang. Namun, disebabkan beberapa kekangan yang timbul, hanya 4 orang peserta sahaja yang dapat membuat pembentangan melalui medium Google Meet. Tahniah dan syabas diucapkan kepada keempat-empat peserta yang berani menyahut cabaran.

Pertandingan ini mengandungi 2 bahagian yang terdiri daripada Pembentangan (5 minit) tajuk yang diberi seminggu sebelum tarikh pertandingan iaitu Peranan dan Tangungjawab PRS di sekolah dan Pembentangan Spontan (3 minit) berdasarkan tajuk yang dipilih 1 minit sebelum pembentangan. Pilihan tajuk ini terdiri dari 3 tajuk yang dimaklumkan didalam poster pertandingan. Pertandingan ini telah diadili oleh 3 orang hakim iaitu Pn Nurliza bt Ab Rahman, Cik Suzieana bt Mokhtar dan Pn Nor Zakiah bt Md Diat. Peserta yang yang menjadi johan akan mewakili SKTPP ke peringkat Daerah Sepang.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung

Poster Pertandingan Madah Intelek PRS Tahun 5/2020

                                            Ucapan aluan pengerusi majlis, Pn Juli 

    
                      Ucapan Perasmian oleh  Guru Besar, Pn Hajjah Rohaidah bt Mohamad Ali 

    
                                             Sesi taklimat kepada peserta oleh Pn Rozimah 


  Sesi undian giliran peserta oleh Pn Nor Arzah

Peserta pertama, Aliah Dzafirah Binti Ahmad Syahir dari kelas 5 Gigih

Giliran peserta kedua membuat pembentangan

Muhammad Fadlullah Bin Rasulzuki dari kelas 5 Fokus

Peserta ketiga sedang membuat pembentangan

Nuraisya Damea Binti Zuraidi dari kelas 5 Jujur

Peserta terakhir, Nur Fatini Nadia Binti Zasamzuha dari kelas 5 Intelek

Sesi ulasan hakim bahagian Idea/Isi merangkap Ketua Hakim oleh Pn Nurliza

Ulasan hakim bahagian penyampaian dan persembahan, Pn Nur Zakiah

Ulasan hakim bahagian Bahasa, cik Suzieana


Sesi fotografi diakhir majlis

Semoga program ini memberi pengalaman yang amat berharga kepada semua yang     terlibat, terutamanya buat peserta yang bakal menjadi pemimpin dan AJK tertinggi PRS pada tahun    hadapan. TAHNIAH DAN SYABAS sekali lagi kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung.


Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023