Jom Kongsi : Sahsiah Diri
Ramai murid kini sedia maklum tentang apa yang dimaksudkan dengan SAHSIAH. Walaubagaimanapun, masih ada yang terpinga-pinga bila disebut tentang sahsiah tetapi faham tentang apa yang dimaksudkan dengan akhlak.
Sahsiah atau personaliti yang mengikut istilah bermaksud keperibadian atau peribadi. Sahsiah juga merujuk kepada sistem kecenderungan bertingkahlaku individu. Ini bererti setiap individu ada cara tersendiri untuk bertindak melakukan perbuatan samada baik atau tidak baik. Manakala dalam perspektif islam sahsiah lebih dikenali sebagai akhlak.
Sahsiah atau akhlak boleh dikategori sebagai dua iaitu baik dan tidak baik. Contoh sahsiah yang baik dalam persekitaran murid-murid ialah menghormati guru, membantu ibu bapa di rumah dan bercakap sopan dengan kawan. Manakala sahsiah yang tidak baik pula ialah melawan cakap guru & ibu bapa serta bergaduh dengan kawan.
Jom kita buat checklist diri.... Adakah kita masih mengulangi perbuatan di atas? Cikgu percaya bahawa murid-murid di SKTPP sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik. Jika bukan kita mengubah diri sendiri ke arah kebaikan, siapa lagi bukan? Mulai hari ini, cuba jadi baik dengan mengucapkan kata-kata yang positif. Apa yang kita sebut akan terakam di minda sekaligus mengubah daya pemikiran dan tingkah laku kita.
Murid-murid juga boleh memantapkan lagi pengetahuan tentang sahsiah diri dengan bermain game ini JOM KLIK. SERONOK DAPAT, ILMU DAPAT.
Comments
Post a Comment