Posts

Showing posts from June, 2023

Program Mentor Mentee Siri 3/2023

Image
Alhamdulillah, pada hari ini Program Mentor Mentee dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program Mentor Mentee merupakan aktiviti rasmi sekolah di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Kerjasama yang sangat baik oleh pentadbir, semua mentor dan mentee dalam Program Mentor Mentee ini menambahkan lagi kelancaran dan keberkesanan program. Semoga semua mentee dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil bimbingan dan sentuhan daripada mentor yang sentiasa mengambil berat ( caring ) terhadap kebajikan mereka.  Maklumat berkaitan Program Mentor Mentee Siri 3/2023: Tarikh: 27.6.2023 Hari: Selasa Masa: 7.30 pagi - 8.00 pagi / 1.30 petang - 2.00 petang Sasaran: Semua murid  Tempat: Kelas murid masing-masing atau kawasan yang sesuai Sesi Pagi: Prasekolah: Tajuk : Keluargaku Sayang Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat: 1) Memupuk dan mengamalkan sikap cintakan sekolah 2) Menanam sikap sukakan kebersihan Tahun 4 : Tajuk : Sekolahku Objektif: Pada akhir...

Program Motivasi Tahun 2 & 3

Image
  Hari ini telah berlangsung satu program motivasi untuk semua murid Tahun 2 & 3. Program ini telah dijalankan di Dewan Perdana, SKTPP. Personalia untuk program ini terdiri dari guru Bimbingan & Kauseling sesi petang iaitu Pn Nor Arzah dan Pn Rozimah. Program bermula dari pukul 1.00 petang hingga 3.00 petang dan bersambung semula pada pukul 3.50 petang hingga 6.20 petang. Antara objektif program ini adalah untuk :- *Memupuk pemikiran dan sikap positif murid-murid. *Meningkatkan motivasi diri untuk sentiasa berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah yang terpuji. *Meningkatkan keyakinan diri murid-murid untuk merubah nilai diri ke arah yang lebih baik. *Mewujudkan kesedaran kepada murid-murid agar sentiasa menyayangi dan menghormati diri sendiri, ibu bapa dan guru-guru. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program ini dijalankan. Murid-murid sedang mendengar ceramah bertajuk "Berfikir Sebelum Bertindak" disam...

Kursus Pemimpin Muda 2023

Image
Unit Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas merupakan barisan pemimpin yang membantu pihak pengurusan menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru. Unit ini terdiri daripada guru-guru sebagai penasihat dan murid-murid yang dipilih sebagai ahli pengawas, pengawas PSS, Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Sebagai pemimpin kepada murid-murid, adalah wajar barisan kepimpinan ini, menunjukkan bakat kepimpinannya dan menunjukkan sahsiah dan ketrampilan diri yang positif agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain. Kursus Pemimpin Muda ini perlu diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin muda yang mempunyai karisma dan kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Ketrampilan barisan pemimpin muda ini, mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid yang perlu dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancan...

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam dan Sapa) Bulan Mei 2023

Image
Pada hari ini, pihak sekolah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam dan Sapa) bagi bulan Mei 2023. Pemilihan calon Murid 3S bertambah lancar dengan kerjasama semua guru yang melibatkan diri untuk mencalonkan seorang murid yang layak agar dipilih menerima Anugerah Murid Contoh 3S. Hakim Penilaian Murid Contoh 3S terdiri daripada Penyelaras Tahun yang bertindak dalam membuat pemilihan Murid Contoh 3S.  Amalan 3S ini harus dipraktikkan ketika memberi salam kepada guru sama ada di dalam kelas atau semasa berjumpa dengan guru, rakan-rakan atau tetamu di dalam dan di luar bilik darjah. Semoga amalan yang  baik ini dapat menerapkan nilai yang baik dan rasa hormat yang tinggi dalam kalangan murid kepada guru. Budaya ini secara tidak langsung akan melahirkan individu yang berakhlak mulia, beradab tinggi dan berbudi pekerti.  Keputusan Anugerah Murid Contoh 3S Bulan Mei 2023: Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti yang sempat diraka...