Monday 12 June 2023

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam dan Sapa) Bulan Mei 2023

Pada hari ini, pihak sekolah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam dan Sapa) bagi bulan Mei 2023. Pemilihan calon Murid 3S bertambah lancar dengan kerjasama semua guru yang melibatkan diri untuk mencalonkan seorang murid yang layak agar dipilih menerima Anugerah Murid Contoh 3S. Hakim Penilaian Murid Contoh 3S terdiri daripada Penyelaras Tahun yang bertindak dalam membuat pemilihan Murid Contoh 3S. 

Amalan 3S ini harus dipraktikkan ketika memberi salam kepada guru sama ada di dalam kelas atau semasa berjumpa dengan guru, rakan-rakan atau tetamu di dalam dan di luar bilik darjah. Semoga amalan yang  baik ini dapat menerapkan nilai yang baik dan rasa hormat yang tinggi dalam kalangan murid kepada guru. Budaya ini secara tidak langsung akan melahirkan individu yang berakhlak mulia, beradab tinggi dan berbudi pekerti. 

Keputusan Anugerah Murid Contoh 3S Bulan Mei 2023:


Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakam:

Anugerah Murid Contoh 3S (Prasekolah, PPKI dan Tahap 2)

Anugerah Murid Contoh 3S Tahap 1

No comments:

Post a Comment