Friday 22 September 2023

Majlis Pelancaran Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Dalam Talian

Pada hari ini seramai seratus orang murid SK Taman Putra Perdana telah bersama-sama menjayakan Majlis Pelancaran Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik secara dalam talian. Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia ini bertujuan memberi kesedaran dan bimbingan kepada anak-anak dalam kalangan murid-murid sekolah tentang bahayanya gejala buli dan cara menghindarinya. 

Hasrat KPM ialah menjadikan murid-murid sentiasa mengamalkan dan menunjukkan perkara yang baik-baik bersama rakan-rakan, menjadi suri teladan kepada rakan-rakan, mampu mengajak rakan hindari perkara berkaitan buli dan gangguan seksual. Oleh itu, murid-murid diminta bersikap positif, tingkatkan jati diri yang unggul, teguhkan daya tahan diri serta kuatkan benteng agama dan nilai moral untuk menjadi Anak Yang Baik Lagi Cerdik. 

Maklumat berkaitan Majlis Pelancaran Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik Kementerian Pendidikan Malaysia Secara Dalam Talian:

Tarikh: 22 September 2023
Hari: Jumaat
Masa: 8.30 pagi - 11.45 pagi 
Dokumen yang dilampirkan : Sila Klik Di sini


Murid-murid terpilih dan wakil guru menonton youtube di Terminal Muafakat





No comments:

Post a Comment