Friday 8 December 2023

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023

SK Taman Putra Perdana telah berjaya melaksanakan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini berdasarkan surat pekeliling, No.Ruj: KPM.600-17/1/45 Jld 2 (5) yang bertarikh 18 September 2023. Pentaksiran Psikometrik (PPsi) merupakan salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah. Pemerkasaan PBS telah bermula pada sesi akademik 2022/2023. Konsep PPsi telah diperkenalkan pada tahun 2007. Fungsi PPsi adalah mengumpul data khususnya tentang maklumat profil murid. 

Di SK Taman Putra Perdana, taklimat ringkas mengenai Pentaksiran Psikometrik (PPsi) kepada semua murid dan guru telah dilaksanakan. Pentadbiran ujian PPsi kepada murid-murid juga dapat dijalankan seperti jadual  berikut:

TAHUN

TARIKH TAKLIMAT PPsi

TARIKH UJIAN PPsi

4

25 September 2023

26 September 2023

5

4 Oktober 2023

5 Oktober 2023

6

5 Disember 2023

8 Disember 2023

Sasaran Pentaksiran Psikometrik (PPsi):

1) Semua murid Tahun 6 : 352 orang murid

2) Semua murid Tahun 5 : 344 orang murid

3) Semua murid Tahun 4 : 382 orang murid

4) Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) : 11 orang murid

Jadual Pentaksiran Psikometrik:

Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS):

Konsep Pentaksiran Psikometrik:


Maklumat berkaitan Pentaksiran Psikometrik (PPsi):

1. Surat Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik, sila klik di sini.

2. Panduan Pentadbiran Pentaksiran Psikometrik Instrumen Aptitud Tahun 6, sila klik di sini.

3. Panduan Pentadbiran Instrumen Psikometrik Pendidikan Khas (IPPK), sila klik di sini.

4. Slaid Pentaksiran Psikometrik Tahun 6, sila klik di sini.

5. Pentaksiran Psikometrik KPM & Contoh Soalan Ujian Aptitud, sila klik di sini.

Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Pentaksiran Psikometrik dilaksanakan: 

TAHUN 4

Taklimat PPsi secara ringkas kepada semua murid Tahun 4

                                  




TAHUN 5

Taklimat PPsi secara ringkas kepada semua murid Tahun 5





TAHUN 6

Taklimat PPsi secara ringkas kepada semua murid Tahun 6



No comments:

Post a Comment