Posts

Showing posts from 2017

Program Sinar Nurani 2017

Image
Alhamdulillah, Program Sinar Nurani anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin telah dapat dijalankan dengan lancar. Program ini telah berlangsung di Terminal Muafakat SK Taman Putra Perdana dari pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi. Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir SKTPP, jawatankuasa pelaksana dan semua guru yang memberikan kerjasama dalam program ini. Semoga program ini memberi infak yang baik kepada para peserta. Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan: Penerangan ringkas daripada penyelaras program kepada penceramah sebelum program berlangsung Ucapan alu-aluan pengerusi majlis  Sebahagian barisan jawatankuasa pelaksana  Penceramah jemputan, Ustaz Kharul Azwar, Jurulatih Dakwah Berkunjung ke Bilik Sumber PPDa selepas selesai program Gambar kenangan di hadapan Laman Muhibbah Lagi laporan berkaitan Program Sinar Nurani dalam blog SK Taman Putra Perdana di sini .

Program Anugerah dan Bicara Tokoh Dasar Warga Emas Negara (DWEN) Peringkat Daerah Sepang 2017

Image
Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah Sepang telah menganjurkan Program Bicara Tokoh Dasar Warga Emas Negara (DWEN) Peringkat Daerah Sepang 2017 bertempat di Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sungai Pelek, Sepang. Tokoh jemputan ialah Tan Sri Datin Seri Hajah Zaleha Binti Ismail. Biodata Tokoh Warga Emas: YBhg Tan Sri Datin Paduka Seri Zaleha Binti Ismail antara nama pemimpin wanita di tanah air. Beliau menjawat jawatan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 1995 hingga 1999. Beliau kelahiran Kuala Langat Selangor. Bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Pelek dan Universiti Malaya - Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) pada tahun 1961. Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail juga Naib Presiden MUBARAK, Majlis Bekas Anggota Parlimen Malaysia dan Presiden Majlis Malaysia untuk Kebajikan, Presiden Gabungan ASEAN Pertubuhan Wanita dan Presiden Kebangsaan Pertubuhan Wanita. Beliau juga adalah tokoh yang berpe...

Program Dasar warga Emas Negara (DWEN)

Image
Petang tadi telah berlangsung satu program khas untuk menghargai Warga Emas di Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong. Seramai 20 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SKTPP bersama Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan dan Guru-Guru Kaunseling telah menjayakan program ini. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk :- i. Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga tua dengan lebih dekat. ii. Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan dan dapat menggembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan. iii. Melatih PRS menggunakan teknik-teknik kaunseling apabila berhadapan dengan klien. Bersama ini dilampirkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program ini berlangsung..  Sesi Pendaftaran peserta di Bilik Bimbingan & Kaunseling sebelum bertolak   Di hadapan Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong  Dimana-mana pun..Warg...

Mesyuarat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Kali 1/2017

Image
Alhamdulillah..hari ini Pembimbing Rakan Sebaya dapat berkumpul di Bilik Bimbingan dan Kaunseling untuk menjalankan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2017. Semoga ahli PRS dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya.

Lawatan Penanda Arasan PPDa dari SMK Bandar Utama

Image
Seramai 43 orang guru bersama 2 orang pentadbir daripada SMK Bandar Utama hadir ke SK Taman Putra Perdana hari ini untuk berkongsi idea dalam PPDa. SMK Bandar Utama juga akan ke Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan sama seperti SKTPP yang dijadualkan pada Mac ini. Semoga lawatan yang diibaratkan 1 kontingen ini mampu membuahkan hasil dalam menaiktaraf Bilik Sumber PPDa dan filing dokumentasi mereka. Semoga ukhwah ini berjaya dalam melestarikan Visi & Misi PPDa ke peringkat tertinggi.  "Murid Sihat Negara Maju" Barisan guru-guru SMK Bandar Utama yang hadir Sahabat PPDa bersedia menunggu guru-guru dari SMK Bandar Utama Ucapan Pengerusi majlis oleh Pn Rozimah bt Yaakob Suasana dalam Bilik Mesyuarat. Guru-guru mendengar ucapan aluan. Ucapan aluan oleh Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar, SKTPP) Ucapan oleh Pn Mastura bt Adol (PK HEM, SMK Bandar Utama) Penyampaian cenderamata untuk SMK Bandar Utama Penerima...

Mesyuarat Unit Bimbingan & Kaunseling Kali Pertama 2017

Image
Syukur, setelah sebulan dirancang akhirnya mesyuarat kali pertama dapat juga dilaksanakan. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh JK Unit Bimbingan & Kaunseling yang terdiri daripada Ketua Panitia, Penyelaras Tahun, Guru Media, Guru Disiplin dan Guru Kebajikan. Mesyuarat dimulakan dengan Ucapan Aluan Pengerusi Majlis iaitu Pn Juli bt Mahbah. Guru Besar juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan dalam mesyuarat kali ini. Mesyuarat diteruskan dengan pengesahan minit mesyuarat lepas dan pembentangan aktiviti tahunan Unit B&K. Unit Bimbingan & Kaunseling mengucapkan terima kasih atas idea-idea Jawatankuasa dalam memantapkan lagi unit ini.

Program Maju Diri 2017

Image
Program Maju Diri (PMD) Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap  awal tahun yang dikhususkan pada semua murid Tahap 2 di sekolah-sekolah Negeri Selangor. Antara objektif program ini adalah untuk :- *Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama. *Meningkatkan minat murid-murid untuk belajar *Membentuk matlamat hadir ke sekolah *Menimbulkan kejelekitan sesama rakan sekelas Program ini telah berlangsung selama 2 hari (4 & 5 Januari 2017) iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 10.00 pagi pada hari pertama dan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.50 tengah hari pada hari kedua. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Senamrobik, LDK 1 (Suai Kenal Rakan Sekelas), Ceramah (Pembentukan Matlamat), LDK 2 (Strawku..strawmu..) dan LDK 3 (Bolos).  Buku program yang dihasilkan oleh Cikgu Rusydan   Bersedia untuk aktiviti Senamrobik  Kita mulak...