Friday 3 February 2017

Lawatan Penanda Arasan PPDa dari SMK Bandar Utama

Seramai 43 orang guru bersama 2 orang pentadbir daripada SMK Bandar Utama hadir ke SK Taman Putra Perdana hari ini untuk berkongsi idea dalam PPDa.

SMK Bandar Utama juga akan ke Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat kebangsaan sama seperti SKTPP yang dijadualkan pada Mac ini. Semoga lawatan yang diibaratkan 1 kontingen ini mampu membuahkan hasil dalam menaiktaraf Bilik Sumber PPDa dan filing dokumentasi mereka.

Semoga ukhwah ini berjaya dalam melestarikan Visi & Misi PPDa ke peringkat tertinggi. 
"Murid Sihat Negara Maju"

Barisan guru-guru SMK Bandar Utama yang hadir
Sahabat PPDa bersedia menunggu guru-guru dari SMK Bandar Utama
Ucapan Pengerusi majlis oleh Pn Rozimah bt Yaakob
Suasana dalam Bilik Mesyuarat. Guru-guru mendengar ucapan aluan.

Ucapan aluan oleh Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar, SKTPP)

Ucapan oleh Pn Mastura bt Adol (PK HEM, SMK Bandar Utama)
Penyampaian cenderamata untuk SMK Bandar Utama
Penerimaan sijil penghargaan untuk SKTPP


Lawatan Ke Bilik Sumber PPDa
             Semakan fail di Bilik Kaunseling

Barisan guru-guru SMK Bandar Utama yang hadir

No comments:

Post a Comment