Thursday 28 June 2018

Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) 2018

Selesai sudah program yang cukup bermakna pada hari ini. Program yang sangat memberi kesan kepada naluri, emosi dan perasaan kami semua. Seramai 37 orang murid yang terdiri daripada ahli Kelab Kerjaya & Pembimbing Rakan Sebaya bersama-sama 6 orang guru pengiring telah membuat lawatan sosial ke Rumah Jagaan Orang Tua Bait Al-Mawaddah, Shah Alam.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pengalaman baru dengan melihat sendiri kehidiupan warga tua dengan lebih dekat lagi. Di samping itu, program ini juga dapat membudayakan nilai, sikap dan amalan saling hormat-menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan dan dapat menggembirakan golongan tua yang kesunyian dengan aktiviti yang menceriakan. 


Berikut paparan kenangan manis bersama 39 orang warga tua di Bait Al-Mawaddah :

Murid bersarapan di kantin sekolah

Pn Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) memberi amanat sebelum bergerak ke Bait Al- Mawaddah

Kunjungan kami disambut gembira oleh warga Bait Al-Mawaddah
Ucapan daripada Pn Norkhayati bt Rabani (Ketua, Bait Al-Mawaddah)
Ucapan daripada Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM)
Perlawanan sengit..otai masih berbisa
Sambil-sambil beramah mesra

Itu Pak Lang.....happy go lucky orangnya
Pak Majid berasal dari Songkla sangat tinggi ilmunya...bercerita tentang dasar negara

Tersentuh hati melihat sentuhan nenda ini
Mesra anak-anak SKTPP bersama nenda Rahmah
Cucunda sedang melayani atuk dan nenek mereka
Penyampaian sijil jalinan dan sumbangan daripada warga SKTPP telah disempurnakan oleh Pn Rosmah bt Jamat

Sempat ambil kesempatan mengelilingi sekitar Bait Al-Mawaddah...anak-anak sekarang perlu didedahkan dengan pelbagai jenis pokok

Nenek Rosnah berada di pintu biliknya....sangat selesa, sebilik 2 orang penghuni. Macam motel....

Wow.....hebat sungguh infrastruktur yang ada. Antaranya Bilik Terapi, Bilik Kuliah dan Bilik Cara Kerja

En Mohd Izzat sebagai pengacara ...juga sebagai ketua lawatan. Jelas penerangan yang diberikan
Ucapan kenangan daripada wakil SKTPP, adik Ziyyad
dan Puan Zainah bt Jadan wakil dari Bait Al-Mawaddah
Agihan secebis kenangan untuk penghuni Bait Al-Mawaddah
Bergambar kenangan bersama sebahagian warga Bait Al-Mawaddah
Pusat Jagaan Orang Tua Bait Al-Mawaddah di bawah kelolaan Zakat Selangor
**********
Selamat tinggal semua warga Bait Al-Mawaddah...semoga kita ketemu lagi

No comments:

Post a Comment