Bermula pukul 8.15 malam murid-murid telah menunggu di depan skrin komputer/laptop/telefon bimbit masing-masing di rumah. Tahun ini aktiviti PPDa dibugarkan kembali demi menjaga benteng kemenjadian murid-murid SKTPP.
Program yang berlangsung secara live ini melibatkan lebih 300 buah sekolah seluruh negara. Terima kasih kepada tuan penceramah iaitu En Noorhisham bin Hamzah yang berusaha menjadikan program ini program kolabrasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Walaupun dalam PKP, namun murid sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu pengetahuan. Cikgu sungguh teruja dengan sokongan yang diberikan.
Semoga pembugaran kembali info-info berkaitan PPDa dapat membantu warga SKTPP dalam menjana murid-murid yang berkualiti dari segi sahsiah dan rohani.
|
Poster Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah |
|
Ucap tama oleh Tuan Hj Izmi bin Hj Ismail (Pengarah JPNs) |
|
Penceramah yang hebat, En Noorhisham bin Hamzah |
|
Mendapat lebih 79k views pada malam ini |
Berikut perkongsian slide sepanjang ceramah beliau
Antara gambar guru-guru dan murid-murid menonton live di rumah masing-masing yang sempat dikongsikan.
Simbol 👎👎👎👎👎👎👎👎👎SKTPP Benci Dadah
tidak pernah lupa oleh warga SKTPP.
Selamat Hari Antidadah Kebangsaan 2021
"Lebih Baik Cegah"
Comments
Post a Comment