Jom Kongsi : STRES??? Apa Perlu BUAT??

Assalamualaikum... Selamat pagi buat anak-anak dan semua warga SKTTP. Semoga semuanya sentiasa sihat dan dapat menjalankan rutin harian dengan ceria dan penuh semangat. 

Sepanjang pelaksanaan PKP sejak tahun lepas, ternyata terdapat perubahan besar dalam rutin kanak-kanak yang kebiasaannya bermain dan belajar di sekolah bersama-sama rakan-rakan. Menurut Pakar Perunding Psikiatri Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Muhsin Ahmad Zahari, psikologi kanak-kanak yang tiada alasan untuk keluar daripada rumah nyata terkesan dan impak tersebut adalah lebih tinggi berbanding orang dewasa. 

Dalam ruangan Jom Kongsi hari ni, cikgu nak kongsi tentang STRES... dan apa perlu kita buat apabila berada dalam situasi ini. Stres boleh dihadapi oleh semua orang samada orang dewasa mahupun kanak-kanak. Antara tanda-tanda stress adalah seperti cepat marah, murung, sering termenung, fikiran bercelaru dan berbagai-bagai lagi. 

Jika anak-anak menghadapi situasi seperti yang cikgu nyatakan itu, anak-anak boleh lakukan beberapa perkara seperti yang cikgu berikan dalam info grafik di bawah. Semoga perkongsian ini dapat membantu anak-anak semua. Anak-anak juga boleh menghubungi kami di Unit B&K SKTPP untuk berkongsi tentang emosi dan lain-lain lagi. Kami semua sedia mendengar dan membantu anda😊😊😊


#Mindasihatemositerjagakehidupansejahtera

#Staysafeathome

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023